Wednesday, June 19, 2013

Ayam masak minang

Apa la nak dimasak utk mkn mlm nih. Ermmmm....ayam ada, udang ada, mutton ada, lamb ada, ikan pun ada. Smlm dah masak udang. Mlm nih msk ayam pulaklah. Tapi ayam ni nak masak apa pulak? Kari, lemak, kicap, sambal.....cam bosan jer... So apa lagi, google la cari masakan ayam....jumpa la resepi ayam masak minang dari blog cikmin. Tengok bahan, alamak lengkuas ada ker....

Selongkar peti ais tu jumpa la lengkuas yg beli entah bila tu. Nasib baik ok lagi. Boleh la diteruskan niat suci murni nak msk ayam minang nih.

Rasa dia sedap. Saya tambah kentang sbb feberet anak2. Pastu saya buat berkuah sikit. Sebab anak2 suka makan berkuah.

BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam, dipotong 12 (cikmin buat separuh je ayam dan juga bahan-bahannya)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
* 3 biji bawang besar
* 8 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1o biji buah keras
* 2 cm kunyit hidup
(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat)
1 kiub ayam “Maggi”
1 keping asam gelugor
3 biji Kentang potong 4
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum.

Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.

Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Masukkan kentang Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana.

Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula 

Kacau sebati. Masak hingga kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...