Tuesday, June 4, 2013

Kuih bingka cracker

Malam ni buat bingka cracker. Asalnya nak buat talam pisang, pisang dah habis. Pastu teringat nak membingka jagung, cari2 jagung pun takde stok. Sudahnya terfikir la cream cracker ada banyak takde yang nak makan jadinya terus la membingka... Kali ni saya guna resepi dari Kh267tm yang diolah oleh Che CT Delima.

Dulu pernah buat tapi tak pasti resepinya sama ke tak...tapi yg ini pun kejadiannya memang sedap...


Bingka cracker


Bahan-bahan : 


280 gm biskut cracker (biskut lemak) - saya guna jacobs hi-iron
170 gm tepung gandum 
2 cawan gula castor 
6 biji telur B - saya guna A
1420 ml susu cair - 1400 ml susu cair + 20 ml air biasa (saya guna santan)
2 sudu besar butter (saya cairkan)
2 sudu kecil pewarna kuning 
1 sudu kecil esen vanila 
Secubit garam

Hiasan : Sedikit bijan untuk tabur

Cara-Cara :

1. Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir. 
2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan. 
3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan. 
4. Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka. 
5. Bakar selama 1jam atau sehingga atasnya keperangan. 
6. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...