
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, January 4, 2018
Kari ayam berkerisik
Tak lengkap hidangan pulut kuning tanpa rendang atau kari....itulah kisahnya dari dapur saya semalam. Sambil menyediakan pulut kuning sambil siapkan kari ayam berkerisik.... Bermula jam 5 pagi dah kedengaran bunyi kelentang kelentung di dapur.... Inilah juga menu lunch dan dinner kat rumah. Sebelum jam tujuh semuanya dah siap masak.....sarapan dan bekal anak2 pun dah tersedia.
Kari ayam kerisik
Bahan2nya
1 ekor ayam, potong 16 (@ ikut citarasa)
3 biji kentang potong 4
3 tangkai daun kari
2 sb rempah/pes kari
Hiris/tumbuk
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 biji buah pelaga
3 cawan santan
6 sb kerisik
5 sb air asam jawa
Garam dan.gula perang secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk @ kuali. Masukkan ayam dan kentang.
2. Goreng hingga air ayam kering dan ayam dan kentang sedikit keperangan.
3. Masukkan rempah tumis, daun kari dan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan rempah/pes kari. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam. Kacau rata dan biarkan seketika.
6. Masukkan santan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika ingin lebih kuah.
7. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Sedia dimakan dengan hidangan pilihan.
Pulut Kuning
Menu nasi kembung pagi ni....dengan kari ayam kerisik.....member opis minta tolong buatkan utk sempurnakan niat bila anaknya khatam hafaz juzuk ke 29..... Napa namanya nasi kembung...hahhaha...si kecik bagi nama bila dia jengok ke dapur tengok.....wowww.....nasi kembungggg....tergelak besar ummi ayah dengar...
Hai anak.....apa yg dia nampak dengan mata kasar itulah yg diterjemahkan dengan kata2....
Pulut Kuning
1 kg beras pulut - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit selama 3 - 4 jam atau semalaman (kalau guna pulut susu rendam sejam jer)
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) atau lebih ikut lembut pulut
Garam secukup rasa
Kukus beras pulut hingga masak. (Alas loyang dengan daun pisang atau pandan untuk mendapatkan pulut yang harum).
Tuangkan pulut yg dikukus ke dalam besen atau dulang. Arun pulut dengan santan pekat yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Tuang santan sedikit demi sedikit ke atas pulut sambil di kacau rata hingga pulut lembut dan berkilat). Kukus sebentar pulut yang siap di arun supaya tidak cepat basi.
Tuesday, January 2, 2018
Ketam masak lemak cili padi dan peria tumis udang
Mood buat maintenance blog. Banyak la jugak pending post. Masakan ni tahun lepas masak....tapi kekadang dok simpan sebab network slow ke ...tak dan nak update ke...macam2 la alasannya.
Ketam masak lemak
6 ekor ketam (anggaran 1 1/2 kg)
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1 inci ibu kunyit *
Cili padi dan cili masak secukupnya - ikut nak pedas mana *
3 mangkuk santan dari 1 1/2 biji kelapa
2 batang serai dititik
2 biji tomato belah 4
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Tumbuk lumat *. Satukan *, santan, serai dan asam gelugur. Masak hingga keluar asap....masukkan ketam. Dan masak hingga ketamberubah warna dan kuah mendidih. Ketika masak kacau selalu supaya santan tak pecah minyak ye. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan tomato dan tutup api selepas 2 minit.
Peria Tumis
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria saiz sederhana
300 gm udang saiz sederhana
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Peria dibelah 2, buang bahagian dalamnya, kemudian hiris nipis, rendam dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. Rendam 15 minit, kemudian toskan. Udang dikupas kulit dan tinggalkan sedikit bahagian ekor (jika suka).
Cuci dan toskan. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum.
Masukkan udang, kacau rata dan masukkan peria, gaul rata2 dan tambah sesikit air. Kacau dan masak hingga peria lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk pilihan.
Sup Tulang
Menu kedua tengahari ni. Sup tulang tumis darat. Makan dengan nasi panas2 , sedap ya amat. Pastu ada telur dadar....sambal belacan...ulam....lengkap dah....hehhehe....simple jer....kenyang Alhamdulillah.
Sup tulang zulfaza
1 kg tulang
200 gm daging
Rebus hingga empuk
Tumis bahan di bawah hingga naik bau dan keperangan dan masukkan dlm periuk sup
2 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih hiris nipis
3 inci halia hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Masukkan dan renihkan hingga kentang dan lobak empuk.
3 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah potong memanjang
garam secukup rasa
akhir sekali masukkan bahan di bawah dan masakkan selama 2 minit.
Daun sup dan daun bawang - hiris
Hidang bersama sambal kicap jika suka
1/2 labu bawang putih
2 genggam cili padi
1/2 cawan kicap pekat
perahan limau secukup rasa
Panaskan minyak. Masukkan cili dan bawang putih.....tutup kuali. Goreng hingga layu. Tutup api sebelum buka penutup. (Pastikan kuali ditutup ketika menggoreng kerana cili akan meletup.) Kisar bersama 1/2 cawan kicap + jus limau hingga lumat.
Ikan goreng berlada
Ikan Goreng Berlada menu tengahari ni.....seronok membayangkan saya sebagai suri rumah sepenuh masa.... Sediakan makanan untuk keluarga....hantar dan ambil anak2 ke sekolah.....duduk sama2 anak tengok homework dan ermmmmmm....macam2lah aktivitinya....sambil2 to penuhi tempahan makanan dan bercucuk tanam serba sedikit sebagai teraphy.
Sesekali layan verangan2 best jugak......cuti rehat satu hari untuk uruskan persekolahan hari pertama...😄😄😄.
Resepi ikan goreng berlada
5 ekor ikan sederhana (gaul kunyit dan garam - goreng, angkat dan tos)
*15 biji cili padi
1 batang serai diketuk
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 sk pes asam jawa/2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumbuk kasar *. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur/jawa serta perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan goreng dan gaul rata. Sedia dihidang.
HOMEMADE BUTTERMILK PANCAKES
Buttermilk pancake jadi menu pilhan untuk hari pertama persekolahan hari ni. Resepi olahan dari sumber asal blog Divas Can Cook saya pilih untuk menghasilkan pancake gebu yang sedap banget ni. Dihidangkan dengan fresh strawberry compote yang disediakan bersekali dengan pancake pagi tadi.
Homemade Buttermilk Pancakes
Bahan2nya
2 cawan tepung gandum (ayak dengan *
*2 sk baking powder
1 sk garam
1 teaspoon baking soda
2 sb gula
2 telur
1 cawan buttermilk suam (homemade buttermilk : 1 cawan susu + 1 sb jus lemon - biarkan 15 minit)
1 cawan susu segar suam
¼ cawan mentega, cair
1 sk vanilla extract
Cara2nya
Dalam mangkuk adunan satukan tepung yg telah diayak, garam dan gula. Gaul rata.
Pukul telur hingga gebu dan pucat di dalam mangkuk lain. Masukkan buttermilk, susu, mentega cair dan esen vanilla. Gaul sebati.
Tuangkan ke dalam mangkuk tepung. Kacau hingga sebati dengan whisker. Jangan terlebih kacau.
Panaskan non stick pan. Tuang sesenduk adunan. Biarkan hingga gelembung2 kecil kelihatan dan pecah. Terbalikkan seketika. Dan angkat. Ulang proses hingga selesai.
Notes
If your pancakes are pale on the underside yet bubbles are breaking on the surface then your heat is too low.
If your pancakes are golden or brown on the underside before bubbles begin to break on the surface then your heat is too high.
Fresh Strawberry Compote
Fresh strawberry compote dipadankan dengan buttermilk pancake untuk sarapan hari pertama persekolahan. Memang sedap gandingan ni...rasa masam2 manis dengan warna merah ceria membuatkan selera dipagi yang sejuk ni membuak2...... Anak2 excited bila ummi buatkan sarapan ni. Masing2 tadah pinggan dan bekal ke sekolah.
Bagusnya compote ni takde pengawet dan tidak terlalu manis.
SIMPLE BERRY COMPOTE
Bahan2nya
COMPOTE
3 cawan strawberi atau sebarang jenis berries segar
3 sb jus oren
2 sb gula perang atau secukup rasa
Secubit garam
Cara-caranya
Letakkan semua buah2han serta jus di dalam pan dan pasang api sederhana.
Bila dah mula menggelegak, kecilkan api sedikit dan menggunakan senduk kayu kacau dan lenyekkan buah2 tersebut.
Tambah gula dan bahan lain kecuali chia seed. Kacau sesekali selama lebih kurang 10 - 12 minit lagi.
Tutup api dan alihkan dari panas. Masukkan chia seed dan kacau rata. Pindahkan compote ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.
Simpan dalam peti sejuk sebab compote ni tidak mengandungi sebarang pengawet. Sesuai dihidangkan bersama roti bakar, pancake, waffles, oatmeal, aiskrim dll...
Subscribe to:
Posts (Atom)