Monday, May 22, 2017

Lamb Kabsa


Jumaat mandy sabtu kabsa.....penangan nasi arab ZLC. Alhamdulillah. Tak sempat nak platting bagai...almaklumlah rumah orang dan badan pun tak larat.


Sebahagian tetamu istimewa tuan rumah....pelajar tahfiz mutqan setia alam

Nasi kabsa
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan:

1 kg lamb shoulder - potong kiub

3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan

4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah kambing

2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (@ saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam/kambing dan masak sehingga ayam/kambing masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Orang kuat.....takde dia tak siap nasi arab.

**sukatan air ni bergantung pada jenis beras dan ambil kira air dari kuah masak lauk tu

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik.  Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.

Salsa

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur


SUP TULANG BEREMPAH MAKMAK ZLC


Menu kenduri aqiqah di rumah jiran lama sabtu lepas. Saya kurang sihat hujung minggu baru ni. Tapi sebab dah berjanji dan memberi harapan, Alhamdulillah dapat juga membantu sediakan dua juadah. Saya cuma masukkan bahan....ada yang membantu mengacau....menumis dan lain2. Proses memasak secara rewang ni memang memudahkan kerja. Benda berat jadi ringan.....benda banyak jadi sikit bila diagihkan.


Bila kurang sihat.....mulut pun jadi pahit semacam....jadi ada saja yang sudi jadi tulang rasa. Katanya sedap....walaupun bila saya menaip pos ni, saya perasan ada satu bahan tercicir. 😓😓😓


Tukang rasa

Sup tulang berempah MakMak @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
4 sb lada hita (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.

Saturday, May 20, 2017

Nasi Mandy


Dah lama tak masak menu ni..sekali gitu permintaan. Walaupun tak banyak turutkan jua. Nasi arab mandy...versi nasi arab yang paling ringkas dan paling popular dikalangan rakyat Malaysia.


Nasi Mandy
Zulfaza Loves Cooking
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

1kg lamb shoulder~ dipotong kiub besar
1/2 sk ketumbar - biji
1/2 sk jintan manis - biji
1/2 sk lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1 sk all spices/mix spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit

Bahan Untuk Nasi :-

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 sb minyak sapi
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3 cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-

1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon takpe
Garam secukup rasa.

Bahan lain:-

1-2 sb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..) aluminium foil/remekin

Cara-cara

Penyediaan kambing :-

1. Rebus kambing bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya, ketepikan. Air rebusan simpan untuk masak nasi.

Didihkan stok kambing bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pukul pulak, tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus.

Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan kambing dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/remekin, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

Tuesday, May 16, 2017

SUP SAYUR


Sup sayur...untuk orang demam. Kalau dah demam semua benda rasa pahit. Tapi kalau tak makan, macam mana nak makan ubat....nanti pedih hulu hati pulak. Hidangan berkuah dan tak pedas macam ni sekurang-kurangnya boleh la dimakan dengan bubur nasi yang biasanya tawar hebeh tu. Tak makan isinya pun, ada juga lah zat2 dan vitaminnya dalam kuah tu.


Sup Sayur Istimewa

Air rebusan daging/tulang
2 keping asam gelugur
Hirisan daging
Tauhu Telur
Lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Hiris
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
 2 inci halia

Sayuran pilihan

Lobak Merah
Cendawan
Celery
Bunga Kobis
Brokoli
Daun sup
daun bawang


CaraNya

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging bersama hirisan daging, lada hitam, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan sayuran. Masak hingga sayur empuk. akhir sekali masukkan tauhu telur. Biarkan seketika. Tutup api dan pindahkan ke dalam mangkuk hidangan. Tabur hirisan daun sup dan bawang.

Sunday, May 14, 2017

Ayam Masak Halia


Ni satu lagi maakan 2 in 1. Rasa penat tak hilang, anakanda ke 3 demam panas, bergilir denga ayahnya dan adik. Mula lah idea nak masak mudah dan cepat.  Sekejap jer masak. Tumis2....dah siap.

Anak2 saya terutamanya suka sangat. Hubby pun sebab badan tak berapa sihat jadi selera kurang. Berat pun turun 5 kg dalam tempoh seminggu. Dah seminggu makan bubur nasi...saya balik dari outstation ni baru dia start makan nasi biasa.

Ok lah...berbalik pada menu ni, bulan 2 puasa nanti boleh ulang siaran. Balik kerja kekadang kelam kabut sikit....nak masak untuk berbuka. Kalau hidangan masa sahur pun ok. Simple yet delicious.....boleh hilangkan angin2 dalam badan sebab guna halia banyak.

Ayam Masak Halia
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan- Bahan

1 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan - gaul garam dan kunyit)
6 sb sos tiram
6 sb kicab
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Sayuran pilihan

Lobak merah
Bunga kobis
Kacang panjang
Cili benggala
Chinese Leek

Bahan Hiris

10 inci halia
2 labu  bawang besar
6 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi merah


Cara-Caranya

Panaskan minyak dan goreng ayam hngga airnya kering dan sedikit keperangan. Masukkan bahan hiris dan tumis sehingga layu dan naik bau.

Masukkan sos tiram, kicap dan kacau rata.  Masukkan sayuran,. garam (jika perlu) serta gula. Gaul sebati. Tumjs hingga sayur masak. Tutup api, angkat dan hidangkan.


Friday, May 12, 2017

Jelly air kelapa


Sempat buat jeli air kelapa sebelum bergerak ke destinasi outstation. Punya la mahal kelapa...sebiji sampai RM3.50. Patut la kalau orang jual jeli ni rasa macam air paip campur gula jer.

Sesekali buat sendiri...makan puas2...takpe berbelanja lebih asalkan tulen...tak gitu...


Jeli Air Kelapa
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2

20 gm Serbuk jeli  atau pun guna jeli stripe tu dalam 20 gm.
180 gm gula (saya guna gula perang)
3500 ml air kelapa (ikut kotak letak 3000ml jer tapi keras sikit kejadiaan - boleh campur air biasa separuh2 atau 1/3 air biasa + 2/3 air kelapa atau semua air kelapa.
Isi kelapa dihiris kecil
-----
Masak jeli dgn air hingga larut. Masukkan gula dan didihkan. Masukkan isi kelapa. Kacau2 jap. Dah siap. Tuangkan dalam bekas, bekukan. Sedap makan sejuk2.


Wednesday, May 10, 2017

SUP KETAM


Sup untuk orang demam yang tak kebah- kebah. Ikut petua orang dulu2, makan sup ketam ni bagus. Kalau pesakit yang kurang darah pun bagus.

Saya kalau masak untuk orang tak sihat sup ni saya tak tumis...tak guna minyak langsung dalam masakan ni. Memang menu sihat habis lah ni....tambah2 kalau ada cendawan busut...dapnya....


Sup Ketam
http://zulfadreamland.blogspot.my

*4 ekor ketam - potong 2
*1 biji bawang besar - hiris nipis
*3 ulas bawang putih - ketuk
*2 inci halia
*2 liter air
*Sesikit  serbuk ada sulah/hitam
**Garam secukup rasa
***Hirisan daun sup dan daun bawang

Sayuran pilihan

*Lobak merah
**Bunga kobis
*Tomato
**Celery


Satukan *. Masak hingga mendidih dan etam berubah warna. Masukkan **. Masak hinga sayuran empuk. Akhir sekali masukkan ***. Kacau seketika dan tutup api.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...