Friday, April 14, 2017

Cendawan Goreng Rangup


Request dari anak dara. Lama katanya ummi dah buat cendawan goreng. Bila hidang, dia boleh makan cendawan ni dengan nasi kosong je. Selain dijadikan sayuran, kalau hidangkan sebagai minum petang pun sedap, sebagai snek berkhasiat. 


Resepi cendawan goreng @ ZLC

1 kilo cendawan
1/2 kilo tepung gandum
Nak sedap campur tepung jagung
Nisbah 1 bahagian tepung jagung : 3 bahagian tepung gandum
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili

Gaul rata

Kisar:

1 labu Bawang putih
1 sb Serbuk lada putih/hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
200 ml air

Cara2nya

Campuran bahan blender dengan cendawan. Jika cemdawan sikit, Masukkan campuran cecair tu sikit2. Ramas2 cendawan sampai cendawan tu sebati.

Jgn terlebih adunan cecair tu. Bila dah sebati baru tuang tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng..gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja.Angkat dan toskan.


Ikan Masak Taucu


Menu kegemaran ni. dari kecik sampai ke tua masih suka makan benda ni. Alhamdulillah, anak2 suka dan hubby pun dah boleh terima masakan ni. Sayuran lain takde dalam stok jadi masukkan tomato je. Dah siap masak, hubby baru balik dan bawa tembikai, kalau awal boleh masukkan kulit tembikai yang bahagian putihnya dalam masakan ni.


Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....

Resepi ikan masak taucu

3 keping ikan (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara2nya

Tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang.

SAMBAL HITAM PAHANG


Menyambal hitam pulak hari ni. Dah lama sangat tak buat. Kebetulan ada stok belimbing buluh dan bahan-bahan lain pun ada. Saya masak tak kering sangat sebab suka yang macam ni, lembab2 skit. Makan dengan nasi panas sedap. Nak dekat-dekat puasa nanti saya ingat nak buat biz sambal hitam ni kalau ada stok belimbing buluh yang mencukupi.


Sambal hitam pahang @ ZLC

1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili padi (ni ikut citarasa...nak pedas lagi boleh tambah)
2 1/2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
Gula dan Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air sehingga ia bertukar warna kecoklatan dan airnya kering.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend /tumbuk cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.

Tembosa ikan aka Karipap inti Ikan Terenggnu dan Pahang


Eleh....karipap jer kot.... No no no.....ini bukan karipap biasa tau....karipap atau dikenali juga dengan nama tembosa/temosa inti ikan. Kuih traditonal dari Terengganu dan katanya terdapat juga di Pahang.
Inti tu kalau rasa-rasa tak suka kelapa parut, boleh letak isi ikan semata. Sedap ke????? Mesti la sedap....tak percaya, cuba try test ikut resepi yang saya bagi tu....mesti tak cukup seketul. Saya semalam pun lepas makan nasi, boleh lagi sumbat kuih ni dua tiga ketul.

Resepi kulit kalini saya try resepi tarunnisa, biasanya resepi saya tak guna campuran tepung lain, cuma tepung gandum semata2. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.



Tembosa ikan aka Karipap inti Ikan Terenggnu dan Pahang
Zulfaza Loves Cooking

1 1/2 cawan gandum
1 sb penuh tepung beras
1 sb penuh tepung ubi
1/2 sb gula
secubit garam
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)

caranya

gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je


Inti ikan 

3 ekor ikan kembung (guna pelaling/sardin pun boleh)
2 biji bawang besar - cincang
1 inci halia - cincang
3 ulas bawang putih
1 sk serbuk lada hitam/putih
1 sk halba
1/2 cawan kelapa parut - optional*
1/2 cawan  santan
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili padi jika suka

Rebus ikan. Perisikan. Satukan semua bahan di dalam kuali. Kacau sehingga agak2 kering.

Thursday, April 13, 2017

KUIH PAUNG GORENG


Akhirnya, siap juga kuih ni....daripada hari isnin rebus ikan....selasa perisi ikan dan masak inti, rabu baru la siap kuihnya untuk dimakan. 3 hari tu....mana taknya, balik kerja masak dulu lauk pauk untuk berbuka, bila lauk dah siap, dah nak masuk waktu. Sudahnya terbengkalai projek. Semalam sebab intinya dah siap jadi mudah sikit kerja. Tinggal nak adun doh dan goreng.  

Sedap banget kuih ni...dan kalau orang tak suka kuih manis2 tu, elok sangatla makan kuih kaya protien ni. Cuma satu masalahnya nak buat kuih ni, bila masa menggoreng tu kena hati2, salah timing dan salah teknik boleh meletup kat dalam kuali tu.


Kuih traditional negeri Terengganu, kuihnya seakan2 kuih bom, tapi intinya isi ikan dan kulitnya tidak disalut dengan bijan. Kuih ni pun lama-lama kalau tak dikongsi resepinya bakal mengalami kepupusan. Orang luar terengganu pun ramai yang tak pernah tau kewujudan kuih ni sebab rasanya tak pernah nampak dijual di negeri lain. Resepi ni saya olah dari sumber chef henieliza dan beberapa sumber rujukan lain. Memang dah lama teringin nak makan, takde yang menjual disini, jadi gagahkan juga membuatnya. Dah dapat rasa, puas hati sangat sebab berbaloi mencuba.

KUIH PAUNG GORENG @ ZLC
@ http://zulfadreamland.blogspot.my


Bahan Inti

5 - 8 ekor ikan sardin/selayang/pelaling/kembung
2 biji bawang besar [cincang]
1 cawan santan pekat
3 cm halia [cincang]
1 sk lada hitam
1 s/k halba
1 gula dan garam secukupnya
1 keping asam gelugor

Cara membuat

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.


Bahan doh

1/2 paket tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
Air secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

1. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air sedikit sedikit sambil uli hingga jadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan. Masukkan inti ikan, tutup inti dengan doh tadi dan bulatkan. Ulang proses hingga siap.
3. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
4. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak


Wednesday, April 12, 2017

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang ?????

Menu berbuka puasa malam tadi. Simple jer hidangan saya malam ni. Cuma sup dan telur dadar jadi hidangan kami sekeluarga. Itu pun sampai dah nak azan baru siap hidang. Nak buat pencuci mulut pun tak sempat.



Sumber resepi saya FB Chef Amer. Bila baca resepi macam ada kelainan daripada resepi yang biasa saya gunakan menyebabkan rasa teruja sangat nak guna resepi ni untuk masak tulang gearbox kambing tu. Berusaha saya melengkapkan bahan masakan supaya saya boleh merasa nikmat yang sebenar.....😅😅😅. Kalau Chef Amer masak untuk 40 kg tulang, saya cuma guna anggaran 3 kg tulang sahaja. Jadi bahan2 tu kena lah dikurangkan.

Bila tengok nama resepi ni macam pelik jer...macam cerita hantu pun ada....rupanya bila makan sup ni, bukan setakat jangan pandang belakang sebab nanti bila pandang ke mangkuk sup semula supnya dah habis dimakan di partner sebelah....pastu memang takdan dah nak pandang kiri kanan pun.....kyusuk menghirup dan menyedut sumsum...

Untuk sambal kicapnya saya buat ikut resepi biasa digunakan jer.....cili padi, bawang putih, goreng sampai layu, kemudian kisar dengan kicap (terpulang nak guna kicap masin atau manis), air suam sikit dan perahan limau. 



Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Amer

40 kg Tulang Lembu
2 kg Minyak
300 gm Minyak Sapi
1 set Rempah 4 sekawan
1 kg Bwg Besar - hiris
1 kg Bwg Merah - kisar
500 gm Bwg Putih - kisar
800 gm Halia - kisar
600 gm Carrot - kisar halus
300 gm Celery - kisar halus
300 gm Leek - kisar halus
600 gm Rempah Sup - bancuh dgn air
30 lit Air
150 gm Lada Putih - kisar halus
850 gm Garam Kasar
4 kg Kentang - potong kecil
2 kg Carrot - potong kecil
300 gm Daun Sup
100 gm Bwg Goreng

1. Guna periuk 80 cm, panaskan minyak & minyak sapi.
2. Tumis rempah 4 sekawan, bwg besar, bwg kisar & halia.
3. Masuk carrot, celery & leek - kacau hingga garing.
4. Masuk bancuhan rempah sup.
5. Masuk tulang - kacau sebentar
6. Masuk air - didihkan 2 jam. 
*Semasa proses merebus akan keluar minyak & buih2 kelabu, sila ceduk & buangkan semua minyak & buih2 tu semua ya, buih2 tu dr kotoran darah & minyak dr lemak2 yg cair.!
7. Masukkan lada sulah & garam.
8. Madukkan kentang & carrot - didihkan 20 minit.
9. Masukkan daun sup & bwg goreng - tutup api.
10.Hidangkan dgn sambal kicap & limau.

Sambal Kicap Zahir Tak Terucap...

500 gm Cili Padi Thai ( yg panjang )
100 gm Bwg Putih
1 btl Kicap ABC
5 tbs Sos Tomato
3 tbs Cuka

1. Kisar semua bahan.



Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Versi Gearbox Kambing

Bahan bahan:
3 kg tulang GearBox Kambing ~ rebus dahulu hingga empuk - sejukkan dan buang lemak putih yang beku dipermukaannya
5 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
2 batang kulit kayu manis 
4 kuntum bunga lawang 
10 kuntum bunga cengkih 
10 biji buah pelaga 
3 labu bawang besar - di hiris 
6 sb rempah sup  
Air rebusan tulang secukupnya 
2 batang lobak merah ~ dadu 
2 biji kentang ~ dadu 
3 sk lada sulah
Garam secukup rasa
3 biji tomato - potong dadu 
2 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
Cili padi secukupnya 
Bawang goreng - tabur jika suka

Bahan Kisar:

20 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih 
3 inci halia 

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.

1 batang lobak merah 
2 batang celery 
1 pokok leek 

Kemudian, kisar pula karot, batang celery dan leek. 

Cara cara: 

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. 

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 

Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.


Monday, April 10, 2017

ROTI BLUDA a.k.a BLUDER


Roti traditional terengganu menurut sumber. Makin lama makin ditelan zaman katanya. Teksturnya kombinasi roti dan kek...lembut sangat. satu adunan dapat banyak sebab menggunakan 1 1/2 kg tepung. Resepi yang dikongsi shshada.blogspot saya pilih untuk cuba setelah membaca dan meneliti beberapa sumber lain dan komentar berkenaan keaslian resepi dan sebagainya.

Uniknya roti ni pada saya adalah penggunaan minyak sapi....dan adunannya lembik, jadi tak boleh lah dicanai seperti lain2 roti tu. Memang kena guna acuan untuk memasaknya. Adunan sepatutnya dimasukkan 1/4 acuan jer tapi saya ni suka sangat tak baca betul2...masukkan 3/4 acuan menyebabkan roti saya senget benget dan ada yang melimpah keluar dari cup.... Lesson learned...baca resepi dua tiga kali dan baca betul2 sebelum buat....hehehehe.



ROTI BLUDA a.k.a BLUDER

Bahan Ibu
½ kg tepung gandum
1 pek yis mauripan (aku lebihkan yis)
2 s/b gula kasar
4 cwn air

Bahan lain
7-8 biji telur
2 1/2 cwn gula kasar (saya guna gula perang)
1kg tepung gandum
6 s/b mentega (resepi asal guna margerin)
3 s/b minyak sapi
1/3 tin susu cair (saya guna susu segar)

Caranya

1. Campur semua bhn ibu, gaul rata dan biar sehingga naik 1 kali ganda - gaul guna tangan jer.
2. Bila bhn ibu tadi dah naik, masukkan telur, gandum dan gula, kemudian gaul rata. (still gaul dengan tangan)
3. Masukkan susu cair, butter, minyak sapi dan planta satu persatu dan gaul rata. Gaul kena angkat turun. (tu sebab kena guna tangan nak kena angkat turun adunan tu..  )
4. Masukkan bluda td kedalam bekas pembakar yg telah digris minyak sapi. (kandungan 1/4 sahaja bekas pembakar)
5. Biar sehingga bluda tadi naik sekali ganda lg, kemudian bakar pd suhu 180 darjah bergantung pd oven masing2 sehingga masak. (warna kekuningan) Sekitar 30 minit.
6. Bila masak, keluarkan dr bekas pembakar dan sapu sedikit minyak sapi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...