Saturday, December 10, 2016

Ayam goreng berempah disubuh yang hening


Ayam goreng berempah subuh sepei nama resepi hari ni. Hehhehe. Kul 5 pagi dah kelentang kelentung kat dapur MIL. Arini masak awal. Sebabnya nak balik terus ke Shah Alam selepas hantar makanan kat spital. Target pukul 7 pagi dah boleh gerak dari kampung.

Semalam sebelum balik dari spital dah tanya MIL nak makan apa. Asalnya dia minta masakkan ungkep ayam pencen tapi menantunya ni tak pandai dan tak pernah masak sebab tak gemo makan....hehhehe. Nanti la hakak try masak suatu ketika nanti. Jadi sudahnya dia kata buatkan ajer ayam goreng berempah yg letak daun kari tu.

Disebabkan malam tadi sampai kampung dah lepas isyak jadi takde le keberanian nak ke belakang mengambil daun kari dan subuh ni pun gitu le juga. Gitu je ler teman persembahkan.....ayam goreng berempah tanpa daun kari.....dap la jugak.


Ayam Goreng Berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih (ni pun tak letak sebab nak cepat)
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak (kali ni saya tak letak serbuk cili tapi ganti ngan serbuk kari sedikit supaya tak pedas sebab MIL tak makan pedas)
Daun kari secukupnya (tak letak kali ni)
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap


Friday, December 9, 2016

Nasi Pandan Ayam Rangup


Menu weekend minggu lepas. Ada tetamu dari Terengganu dan adik beradik, anak2 buah dan cucu datang. Kali ni tak sempat nak posing2.....siap masak pun lambat. Pukul 3 baru hidangan makan tengahari siap.

Fuhhhhh....dah kira minum petang. Sepanjang hari di dapur. Sediakan sarapan sampai la makan malam. Supper jer tak buat.....fengsan.


Pinjam gambar kat post terdahulu...tak sempat nak posing kali ni. Resepi boleh guna resepi klik ajer di link ini. Atau boleh juga guna resepi d bawah ni:-

10 biji cili merah + cili padi merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1/2 cawan cuka
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air + 1 sk tepung jagung
6 sb sos cili

Masak hingga mendidih dan pekat.


Nasi Pandan

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan sesikit garam dan toskan.

4 cawan air rebusan ayam
1 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan secawan air)
Garam secukup rasa

*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

1/4 cawan minyak untuk menumis

Hiris *.  Panaskan minyak dan tumis * dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air pandan dan rebusan ayam.

Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dengan  garam secukup rasa. Masak hingga air mengering. Kecilkan api dan tutup rapat periuk. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 5 minit. Tutup api dan biarkan sekurang2nya lima minit sebelum dikareh.


Ayam goreng rangup

7 bahagian dada ayam. - potong nipis
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk cili
3 sb kicap masin
1 sb gula perang
2 sk garam atau secukup rasa

Gaul sebati. Perap. Selama 1 - 2 jam.

Bahan salut

1 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Masukkan telur ke dalam mangkuk ayam yang diperap tadi. Gaul rata. Ambil sekeping dada ayam dan golekkan ke atas serbuk roti hingga bersalut rata. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak dan keperangan. Angkat dan toskan.



Sup

Bahagian leher, kaki, dan tulang2 ayam. Rebus dengan 3 keping halia. Asingkan  4 cawan stok.

*2 inci halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

2 biji kentang - potong kiub
1 batang lobak merah - potong kiub
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar
Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Hiris *. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah dan * hingga keperangan. Tuangkan dalam periuk sup. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebus hingga empuk. Masukkan daun sup/bawang/ketumbar. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Ikan Siakap Kukus Abang Sado


Hari ni pun hubby masakkan untuk MIL. Bila hubby tanya nak masakkan apa, saya cadangkan ikan kukus. Semalam ada beli ikan siakap. Memandangkan MIL tak boleh makan pedas, ikan kukus ni tak letak cili padi.


Ikan Siakap Kukus Abang Sado

2 ekor ikan siakap saiz sederhana
10 biji Cili padi dihiris (kali ni tak letak sebab huby masak utk MIL yg takble makan pedas)
3 inci Halia (tumbuk lumat)
5 sb Sos tiram
1 biji perahan lemon
garam dan gula secukup rasa
4 batang serai dihiris
Hirisan daun ketumbar
Boleh tambah karot, brokoli, kobis bunga cendawan, tomato jika suka

Kelarkan ikan dan lumurkan dengan halia. Masukkan ikan ke dalam loyang. Taburkan serai dan cili padi.

Dalam mangkuk, satukan sos tiram, perahan lemon, garam dan gula. Gaul rata. Siramkan ke atas ikan tadi. Masukkan bunga kobis dan karot.
Kukus selama 15 minit.

Masukkan tomato dan brokoli serta cendawan. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat, taburkan hirisan daun ketumbar jika ada dan hidangkan.


Kuih Cucur Badak


Ni pun bekal untuk ziarah MIL katspital. Bila hangkut anak2 ramai2 ni makanan kena cukup. Lagi pun nanti lepaknya sampai ke petang. Takde la meragam kelaparan.

Satu doh dapat dua jenis kuih harini...cucur badak dan keria. Selain dua ni...doh yang sama boleh buat kuih belotok dan cekmek molek.


Badak Berendam

2 cawan keledek yg telah direbus/kukus dan dilenyek
1 1/4 cawan tepung  (boleh kurangkan kepada 1 cawan untuk kuih yg lebih lembut tapi susah sedikit utk dibentuk sbb doh sedikit lembik) :+ 1 sk baking powder
Sedikit garam (kalau guna kaedah kukus, tapi kalau rebus boleh masukkan garam dalam air rebusan)
Sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan kecuali air. Uli sebati hingga jadi doh yg lembut. Tambahkan air jika doh keras.

Ambil sedikit doh dan leperkan dan letak sedikit inti kelapa pedas. Tutup doh, bulatkan kemudian tekan supaya jadi sedikit leper. Buat hingga selesai. Goreng dengan api sederhana hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.


Inti kelapa pedas

1 biji kelapa muda parut
3 sb cili kering kisar (nak lebihkan cili pun boleh)
1 batang serai - hiris
3 sb udang kering
Garam dan gula secukup rasa
4 sb minyak masak
1/2 cawan air

Kisar udang kering dan halia dengan 1/2 cawan air. Satukan semua bahan dan masak inti hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya tak hangit.

****inti ni biasanya rasa pedas2 manis.


Kuih keria lagi


Dua tiga menjak ni kuihkeria sira gula melaka jadi viral....kat wall fb tu asyik jer lalu lalang. Saya memang suka kuih keria....tak kesah la sira ngan gula apa. Sedap jer makan. Janji kuihnya tak terlebih tepung.....keras.

Hari ni saya buatkan kuih keria ni bekal ke spital, anto makanan untuk MIL. Nak sira gula melaka takde stok pulak. Sira jer dengan gula yg tak berapa nak perang tu....


Kuih keria sira gula melaka/nisan

2 cawan keledek yg telah direbus/kukus dan dilenyek
1 1/4 cawan tepung  - boleh kurangkan kepada 1 cawan untuk kuih yg lebih lembut tapi susah sedikit utk dibentuk sbb doh sedikit lembik) :+ 1 sk baking powder (optional)
Sedikit garam (kalau guna kaedah kukus, tapi kalau rebus boleh masukkan garam dalam air rebusan)
Sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan kecuali air. Uli sebati hingga jadi doh yg lembut. Tambahkan air jika doh keras.

Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut. Buat hingga selesai. Goreng dengan api sederhana hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.

Untuk sira

1/2 cawan gula perang
1/2 keping gula nisan/melaka
(Boleh ganti dengan gula putih)
2 sb air

Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana. Masukkan kuih keria, kecilkan api tadi dan kacau cepat2 hingga gula rata dan kering.

Sedia dihidang.


Thursday, December 8, 2016

SUP KEPALA IKAN ABANG SADO


Menu istimewa, air tangan hubby untuk bondanya yang tercinta. Sejak beberapa tahun ni rasanya tak pernah miss hubby masakkan sup kepala ikan untuk MIL. Tambahan pulak bila MIL tak sihat, masakan hubby ni memang membuka selera dia. Banyak dia makan.

Sup kepala ikan, biasanya hubby guna ikan jenahak....isinya lembut dan lebih sedap berbanding ikan merah. Saya suka kalau sup ni dihidangkan dengn sambal kicap. Biasanya kalau masak untuk kami anak beranak makan, letak la cili padi skit atau lada hitam/putih. Tapi untuk MIL yang ada ulser hubby tak letak bahan2 tu.....


Resepi sup kepala ikan abang sado

Kepala ikan dan beberapa keping isi ikan (boleh guna ikan jenahak, merah, senohong, ikan tauhu....)
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

sayur pilihan
karot
bunga kobis
tomato
Cendawan
daun sup
daun bawang

Tumis bawang2, halia dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, biarkan air mendidih seketika. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato dan daun sup/bawang. Masak hingga sayur empuk dan ikan masak sepenuhnya.

Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan tomato dan daun sup. Biarkan seminit. Tutup api dan pindahkan periuk dari dapur. (Kalau guna daun sup dalam masakan untuk memastikan masakan tahan dan lambat basi, pastikan daun sup/bawang dimasak seketika).

TAUHU SUMBAT


Dah lama wooo tak makan tauhu sumbat. Dulu kat opis lama tauhu sumbat kak shila memang power....tapi la ni opis dah jauh berbatu2 ngan dia. Takde can la nak ngidam2.

Semalam balik kampung...emergency. MIL warded. Pagi2 kitab kitorang ke pasar mencari bahan nak masak2 untuk di bawa ke spital.  Jumpa orang melayu jual tauhu...comel2 jer saiz dia. 3 ketul seringgit, beli lima ketul nak buat goreng cicah ngan sambal kicap. Dalam perjalanan balik tertukar plan....buat tauhu sumbat pulak....hhehehhe....teringat kat tauhu sumbat kak shila.


Punya la comel tauhu ni sampaikan nak sumbat pun jenuh. Sos ni saya buat tak pedas sangat. Guna cili besar jer. Anak2 saya suka pulak...timun ngan karot mentah tu pun habis diorg makan. Tauge saya tak letak sebab takut cepat basi.....almaklumlah nak bawa bekal ke spital.


Tauhu Sumbat

15 keping tauhu - belah 2 (bentuk segitiga) - gaul kunyit dan garam - goreng dan toskan.

Timun - hiris lidi
Lobak merah - hiris lidi
Tauge - celur (jika suka)

Sos cili homemade

5 biji cili merah (boleh tambah cili padi jika suka)
5 ulas bawang putih
1 cawan air
4 sb cuka/air asam jawa pekat
Gula dan garam secukup rasa

Kisar semua bahan hingga hancur. Masak hingga sos pekat.


Belah tauhu dan sumbat dengan sayuran. Hidangkan dengan sos cili.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...