Sunday, July 17, 2016

Roti arab pak tam dan kari ayam makcu


Dua tiga hari ni ramai pulak org like dan komen post roti arab N3 tahun lepas kat page Zulfaza Love Cooking. Bila tengok asyik muncul jer rasa teringin pulak nak makan. Pepagi lagi dah start mengadun dan menguli. Lebih kurang pukul 8 lebih siap semua terhidang. Hari ni roti arab cicah kuah kari ni bukan jadi rezeki kami sekeluarga jerr......anak buah dan kawan hubby yg kebetulan singgah dapat juga menikmatibya bersama.

Pagi ni mood terlebih rajin nak amik gambar step by step yg tak seberapa. Nak bagi orang senang nak ikut resepi mudah lagi sedap dari chef rosli ni.... Tak rugi cuba tau....share kat page pun untuk post ni dah lebih 5.5K. Roti ni tak perlu uli sampai elastik....agak2 sebati dan.tak lekat sgt kat tangandan.besen tu kira ok la..

Pastu sambil perap roti 30 minit tu kita ble prepare kari ayam untuk gu dengan roti. Kari siap roti pun sedia untul digoreng. Makan panas2.....perghhhhhh.....tak angkat muka uuuu...


RESEPI ROTI ARAB PAK TAM

500 gm Tepung gandum
40 gm Marjerin
50 gm. Gula pasir
10 gm Yis
1 biji. Telur
1 tsp. Double action baking powder @ baking powder .
50 gm Susu pekat manis
6 gm. Garam
220 gm Air sejuk

Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan x perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan .
3. Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray .
4. Timbang sehingga habis doh .
5. Perap doh bulat dlm 30 minit .
6. Selepas 30 minit , canai bulat leper ... jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia x mengelembung .
7. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit .
9. Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit .
10. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi .
11. Cara goreng ... siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung . Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing .
12. Boleh goreng sekali 3@4 biji sekali gus jika cepat .
13. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak
14. Goreng hingga habis .


Kari ayam makcu

Bahan2nya

3 keping dada ayam potong kecil
3 biji kentang potong kecil
3 tangkai daun kari
2 sb rempah/pes kari

Hiris/tumbuk

3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Rempah tumis

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

3 sb yogurt
Atau boleh ganti.dengan 1 cawan santan pekat atau susu segar/cair dan 5 sb air asam jawa

Garam dan.gula perang secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


1. Panaskan minyak di dalam periuk @ kuali. Masukkan ayam dan kentang.

2. Goreng hingga air ayam kering dan ayam dan kentang sedikit keperangan.

3. Masukkan rempah tumis, daun kari dan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.

4. Masukkan rempah/pes kari. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan air asam kalau guna santan/susu. Kacau rata dan biarkan seketika. Kalau guna yogurt, masukkan 1 cawan air.

6. Masukkan yogurt/santan/susu. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika ingin lebih kuah.

7. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8 & 9. Sedia dimakan dengan hidangan pilihan.



Saturday, July 16, 2016

Pucuk ubi rebus, ulam pegaga lawan sambal tempoyak - hidangan win rumah terbuka


Hari ni masih syawal lagikan....merata2 ada kenduri dan majlis rumah terbuka. Kitrg pun nak pegi ke rumah anak buah. Dia ajak makan2 sempena syawal. Katanya menu nasi putih ngan lauk pauk biasa. Lega tekak dengo.... rasanya dah tak tertelan ketupat ka....rendang ka.... nak makan lauk2 biasa...menu kampung pulak.

Badan memang rasa tak berapa sihat. Tapi datang makan rumah sedara mara nih rasa tak sedap pulak lenggang kangkung bawak perut keroncong. Dah adat dan kebiasaan bawa buah tangan....walaupun tak seberapa dan tuan rumah pun menjamu macam2.

Kebetulan semalam pegi kebun kawan. Dia offer kutip hasil yang tak termakan2 sebab dah banyak sangat katanya. Apa lagi, sambil tangan bersilat dengan nyamuk yang menghurung tangan dan muka yg terdedah, sambil jari jemari rancak mengutip hasil tanaman.

Bab2 petik cili, kutip pucuk ubi dan yg sama waktu dengannya tu saya suka sangat......😅😅😅😅. Terima kasih daun keladi tuan tanah dan pekerja kilang dia yang dari dulu dan selamanya rajin berkebun. Lain kali kitrg datang lagi yer....tolong peghabihkan hasil tanaman..hehhehhe.

Ni la hasil yang dikutip. Ulam pegaga dan pucuk ubi saya gu kan dengan sambal tempoyak. Makan ramai2 kat rumah anak buah nanti. Syok wooo.


Terung tu esok saya nak buat sambal rencahkan bilis atau udang segar.......pergh...kecur air liur dah nih.

Friday, July 15, 2016

Coconut Flakes Crunchy Cookies (Biskut emping kelapa rangup) ZLC

Tahun ni mood malas buat sekut. Kebanyakan biskut yang dibuat sume tak berseni.... Kalau korang suka biskut rangup tanpa memperdulikan bentuknya yang huru hara, leh try resepi ni.

Kalau tidak kena la search kat blog ni untuk biskut2 jelita yang sedap mata memandang.


Bentuk biskut ni makin huru hara bila anak dara sibuk nak tolong sudukan adunan atas loyang sebelum bersiap gi sekolah. Ummi okies ajer....yg nak makannya pun uols....janji kranci dan nyaman di tekakkan....apa ada pada rupa....😃😃😃😃.


Hat ni loyang memula, versi tak tabur kelapa...
Bila dah masuk oven baru dapat idea nak tabur kelapa kat atas bagi tambah kebabom rasanya....

Coconut Flakes Crunchy Cookies
Biskut emping kelapa rangup ZLC

Ingredients:
Baham2nya

2 1/4 cups all purpose flour
2 1/4 cawan tepung gandum

1 1/2 teaspoons baking soda
1 1/2 sk baking soda

1 teaspoon instant coffee/ capucino emulco
1 sk kopi segera/emulco capucino

250 gm butter, at room temperature
250 gm mentega - suhu bilik

1 2/3 - 2 cup light brown sugar, packed
1 2/3 - 2 cawan gula perang

2 extra-large eggs, at room temperature
2 biji telur saiz besar

2 teaspoons vanilla extract
2 sk esen vanila

1 1/2 cup chopped almond n walnut
1 1/2 cawan badam dan walnut cincang

1 cawan emping kelapa (boleh beli di bakery - biasanya disimpan sejuk)

Directions:
Cara2nya:

Adjust the oven racks to the upper- and lower-middle positions and heat the oven to 350 degrees F. Line 2 large baking sheets with parchment paper.
Panaskan oven pada suhu 170 celcius. Alas loyang dengan kertas baking (biskut ni agak melekat, alas loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan biskut dari loyang.

In a medium bowl, whisk together flour, baking soda, and instant coffee.
Dalam mangkuk pengadun satukan baking soda, kopi segera dan tepung.


In the bowl of a stand mixer fitted with the paddle attachment, cream the butter and both sugars on medium speed until light and fluffy, about 2 minutes.
Dalam mangkuk lain pula pukul mentega dan gula hingga genu dan ringan selama 2 minit.


Scrape down the sides of the bowl then add the eggs, one at a time, and vanilla and beat until well combined. Add half of the flour mixture and mix for 15 seconds. Add the remaining flour mixture and beat until just incorporated. Fold in chopped nuts n flakes.
Masukkan telur satu persatu dan vanila. Pukul hingga betul2 sebati. Masukkan separuh adunan tepung. Adun sebati. Tuangkan tepung selebihnya dan pukul hingga sebati. Masukkan kekacang dan emping kelapa. Gaul rata.



Roll a heaping tablespoon of dough into a 1½-inch ball and place it on the prepared baking sheet. Repeat with the remaining dough, spacing the balls about 2 inches apart. Dampen your hands and flatten the dough slightly. Bake until set, about 11-12 minutes. Cool 2 minutes on baking sheet, then transfer to wire rack to cool completely.
Sudukan adunan dan susun di atas loyang yamg dialas baking paper hingga selesai (taburkan flakes ke atas adunan jika suka. Bakar selama 20 minit (bergantung saiz biskut) @ hingga keperangan. Biarkan sejuk seketika dan mengeras sebelum mengalihkan biskut ke atas redai untul sejuk sepenuhnya.

Monday, July 11, 2016

Double Chocolate White Chocolate Chip Cookies (Biskut dwi cip coklat)


Mengukis lagi....tahun ni mood buat biskut takde sangat....buat sikit2...satu adunan atau dua adunan jer...bila habis baru buat lagi.

Double Chocolate White Chocolate Chip Cookies
Biskut dwi cip coklat @ ZLC

Adunan coklat

Bahan2nya

1 1/2 cawan tepung gandum + 2 sb serbuk koko
1/4 sk baking soda
1/2 cawan / 125 gm mentega - suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan chip coklat putih (semisweet)

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
Dalam mangkuk, satukan tepung, baking soda dan gaul rata.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan selama lebih kurang 4 - 5 minit.

Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan esen. Gaul sebati.

Masukkan adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi doh yg lembut. Tuangkkan cip coklat putih dan gaul rata.


Adunan biasa

Bahan2nya

1 2/3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 cawan / 125 gm mentega - suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan chip coklat (semisweet)

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
Dalam mangkuk, satukan tepung, baking soda dan gaul rata.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan selama lebih kurang 4 - 5 minit.

Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan esen. Gaul sebati.

Masukkan adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi doh yg lembut. Tuangkkan cip coklat dan gaul rata.

Sudukan adunan 1/2 adunan coklat dan 1/2 adunan biasa ke atas loyang, jarakkan setiap biskut sebab biskut akan mengembang. Bakar adunan 25 - 30 minit (bergantung saiz) atau hingga keperangan. Sejukkan biskut di atas rak sebelum simpan dalam bekas kedap.

*****boleh tambah kekacang pilihan dalam adunan.


Saturday, July 9, 2016

Nasi daging utara


Nasi daging....hidangan tetamu yg datang beraya hujung minggu ni. Biasanya saya buat masa raya korban. Bila dapat bahagian daging korban tu. Tapi tahun ni disebabkan daging yang kononnya dibeli untuk.buat rendang tok sebelum raya aritu tak dibuat2 jadi saya korbankan untuk menu nasi daging.

Saya masih menggunakan resepi mamak haji....sedap...memuaskan hati walaupun bahannya panjang berjela. Kali ni tak letak kismis...gajus sebab takde stok. Nak ke kedai tak sempat.

Nasi Daging Mamak Penang @ ZLC

Bahan-Bahan:-

1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.

5 cawan beras basmathi - basuh, rendam dengan sedikit garam dan tos. (Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1 1/4 sekiranya menggunakan beras basmati).

3 sudu besar kimball tomato sup.
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin)
1 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah daging

Gula batu sedikit dan garam secukup rasa.

Bawang Goreng untuk ditaburkan

Bahan Untuk Menumis:-

1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil Garam masala -
1 batang Kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
4 biji buah pelaga

100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.-
Sedikit buah kismis dan gajus (optional)


Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan bahan tumisan,  gajus dan kismis.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu/yogurt, tomato dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

4. Apabila air mula mendidih, buka tudung, masukkan beras dan kacau perlahan.

5. Masak hingga nasi mulai sejat. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup tudung dan kecilkan api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Masak lagi selama 5 - 7 minit.

6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunakan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.


RESEPI GARAM MASALA

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil.
Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.



AIR ASAM:

Cili Api
Belacan Bakar
lada merah
Bawang besar
Tomato
Perahan limau
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili hijau dan kerisik jika suka

Masukkan cili dalam blender, kisar lumat (jumlahnya anda tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih cilinya, kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau, belacan, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.

Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.

Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Kalau nak sedap lagi tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.


Jelatah/pecuk

Timun
Lobak merah
Bawang besar
Cili
Nenas
Garam
Gula
Cuka

Hiris sayuran. Satukan semua bahan. Gaul sebati.

Friday, July 8, 2016

Crispy Chocolate Chip Cookies (Biskut cip coklat rangup)


Ni baru betul biskut raya sebab dibuat pada hari raya dan bulan raya. Balik dari kampung saya meneruskan projek mengukis untuk stok kat rumah sendiri. Sebelum raya aritu sempat buat sikit jer. Ni baru mood sebenar mengukis datang.

Resepi kukis ni adaptasi dari resepi yang dikongsiksn di foodnetwork.com. Sedap...memang rangup...rapuh kukis ni.....saya buat dua adunan.



 Crispy Chocolate Chip Cookies
Biskut cip coklat rangup @ ZLC

Bahan2nya

1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 sk baking soda
1/2 cawan / 125 gm mentega - suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan chip coklat (semisweet)

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
Dalam mangkuk, satukan tepung, baking soda dan gaul rata.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan selama lebih kurang 4 - 5 minit.

Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan esen. Gaul sebati.

Masukkan adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi doh yg lembut. Tuangkkan cip coklat dan gaul rata.

Sudukan adunan, jarakkan setiap biskut sebab biskut akan meleper. Bakar adunan 12 - 14 minit atau hingga keperangan. Sejukkan biskut di atas rak sebelum simpan dalam bekas kedap.


Simple grilled salmon


Ikan salmon grill.....menu lunch kakak ipar. Masak simple ajer. Katanya ikan ni bagus untuk pesakit kanser. Moga benar2 memberi manfaat kepada beliau dan segera pulih seperti sedia kala.

Simple grilled salmon

1 keping ikan salmon
Lada hitam
Garam
Perahan lemon

Pilihan
Lobak merah
Zuchinni
Capsikum
Brokoli

Mentega

Gaulkan ikan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Panaskan sedikit mentega di atas pan. Grill ikan hingga masak. Angkat ikan dan letak di atas pinggan. Masukkan sayuran dan grill hingga masak. Angkat dan auaun dalam pinggan ikan. Perahkan lemon di atas pan dan masukkan juga dua sudu besar air. Masakkan sebemtar dan tuangkan ke atas ikan. Hidangkan dan terus nikmati begitu sahaja atau bersama nasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...