Sunday, April 24, 2016

Omelet terung aka tortang talong


Menerai omelet terung atau dalam bahasa filipina dipanggil tortang talong. Masakan kampung yang terkenal di filipina ikut kata Hazelyn Navarro sumber asal resepi ini yang dikongsi di fb Aneka Resepi Masakan. Tortang talong ni kalau dihidang untuk sarapan pagi pun ok, simple, sihat.....dan enak atau sesuai juga dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.....perghhhhh berpeluh makan penuh nikmat....

Tengok bahan dan caranya memang tak susah. Kebetulan ke pasaraya giant di plaza masalam jumaat lepas ada jual lelong terung....4 biji tu cuma RM1.....saya beli sepaket semata2 nak cuba masakan ni. Sedap....manis terung tak hilang sebab dibakar....dan kalau bakar betul2....sampai hitam kulitnya, kerja melurut kulit jadi lebih mudah....


RESEPI OMELET TERUNG SEDAP @ ZLC

Bahan:
- 4 biji terung
- 4 biji telor
- Garam dan perasa kalau nak
Saya letak serbuk paprika

Tangkainya jangan dibuang
Cucuk2 terung dengan garpu supaya tak meletup2 masa bakar - saya tak cucuk pun....letupnya cuma letupan manja jer.
Bakar hingga betul2 masak (kulitnya hitam)
Basahkan tangan dan lurut terung utk keluarkan kulitnya.
Kemudian guna garpu dan penyek2kan terung. Celup terung dengan telur dan goreng atas pan dengan sedikit minyak. Guna nonstick pan lebih mudah....tak perlu guna minyak banyak.

Dua biji terung tu saya masukkan inti ayam baki buat roti john (Resepi klik di sini) aritu....sedap jugak....






Rendang daging ganja kak ash


Rendang pemberian seorg sahabat yang tinggal nunnnnn jauh di dungun, kak ash wardah. Dia pos guna pos laju. Rendang ni sedap sangat dan pedasssss sangat.... Kalau saya masak sendiri confirm tak jadi macam ni sebab mesti kurang pedas versinya nanti.

Selama ni saya dok ingat org pantai timur tak makan pedas macam abang ipar saya rupanya tak semua.....mcm kak ash ni tahap kepedasan dia kat tahap 10 gitew....mcm orang nogori...menjobang.....hihihi. Sapa2 yg suka makan pedas boleh la cuba resepi kak ash yg menyegat nih.....


:: RENDANG DAGING GANJA ::
Resepi dan masakan  : Kak Ash Rieda Wardah

Bahan~bahan:
1 kilo daging ( potong ikut taste. Lagi mudah guna daging batang pinang cepat empuk. Basuh dan toskan )
1 cawan santan pekat
1 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
2 inci kunyit hidup  **
2 inci lengkuas  **
1 inci halia  **
4 batang serai **
15 -20 biji cilihalus ** ( tmbh jika suke pedas lagi )
7 biji buah keras  **
7-10 tangkai cilikering **
2 helai daun kunyit
7 -10 daun limau purut ( rendang kalo kurang daun limau dan daun kunyit rasa ye lain )
1 camt rempah kari daging
1 camt rempah masak
2 camb kerisek
100 gram gula melaka
1 camt garam kasar
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya

Blend bahan bertanda **

Cara masak:
- Masukksn daging ,santan bahan blend ke dalam kuali dan masak hingga menggelegak
- Masukkan sedikit air jika guna daging biasa . Kalo daging batang pinang cukup hanya air blend sebb daging mengeluarkan air
- Masukkan rempah masak,rempah kari,kerisek,gula melaka,garam dan serbuk perasa
- Kacau kejap pastu kecikkan api dan tutup kuali bagi daging mudah empuk
- Da hampir pekat masukkan daun kunyit dan daun limau purut . Biarkan rendang di atas dapur dengan api yg kecik dan biarkn rendqng pekat dan nmpk pecah minyak sikit..xyah byk ..

Tart susu @ Tart telur simple yang sedap


Resepi tart telur kuali yang viral sedikit masa dulu jadi pilihan saya pulak untuk dicuba. Macam best dan senang je nak buat. Bahan2 pun ringkas. Kalau terdesak sangan....takde oven, boleh juga la nak makan dan cuba resepi nikan. Tapi memandangkan saya ada oven jadi saya rasa lebih selesa guna kaedah bakar dalam oven. cuma saya try juga bakar dalam nonstik pan yang akhirnya saya masukkan dalam oven sbb bahagian atasnya tak berapa nak elok masaknya sebab saya guna pan kecil yang tiada saiz penutup yang sesuai.

Anak2 saya suka tart ni. Diorg cakap rasa macam yang beli kat kedai.....kembang hidung ummi kejap....nasib baik boleh kempis balik kalau tidak jenuh nak pegi spital nak operate kasi hidung mancung balik.... Saya buat tart telur ni dah beberapa hari lepas tapi malas nak menaip punya pasal baru harini update kat sini. Resepi asal Azlina Ina saya guna tapi tak letak keju. Fillingnya saya guna versi aznie khasri yg lebih simple dan kurang lemak.


Cheese Tart Kuali


1. Bahan-bahan untuk crust:
1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
1 sudu kecil garam
* Ramas semua bahan ini. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan.

2. Bila diramas adunan jadi begini. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 

3. Letak satu biji telur gred B lalu gaul dan uli sampai jadi seperti gambar langkah 4.

4. Inilah rupa doh yang sudah diuli. Sedia untuk dibentuk.

5. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. Ratakan bahagian tepi di bawah dengan jari.

6. Ambil garfu bentuk bunga di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.


Seterusnya adalah menyediakan filling yang sedap.

Bahan-bahannya:

125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)- saya tak letak
1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1 sb tepung jagung + 1/4 cawan susu
1sudu kecil esen creamy vanila

* Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.


Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.

Tutup rapat kuali semasa memasak. Jika tidak, ia akan lambat masak. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Selamat 30 hingga 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.
Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Jika ia keras dan crust nampak garing seperti gambar bermakna tart sudah masak.
Biarkan sejuk sebelum makan. Lebih enak jika dimasukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Versi saya

Untuk filling

1 sb Tepung jagung + 100ml air
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat

Satukan telur dgn susu pekat. Kacau dengan garpu jer. Lepas tu masukkan adunan tepung jagung. Kacau sebati.

Saya buat dalam acuan kecil. Bakar dalam oven 30 minit suhu 170 celcius (ikut oven masing2).


Ikan senangin kukus air tangan suami

 Antara masakan hubby yang menjadi kegemaran keluarga....Signature dish hubbyku sayang jugak nih.....ikan kukus.....rasa ala2 tomyam putih....menu sihat kami malam tadi sebelum pekena kek aiskrim sempena besday anakanda berdua.....

Untung badan mak jemah sebab hubby pandai masak weh, bukan saja hensem.........bila2 mak jemah rasa malas nak ke dapur, mak jemah request jer hubby mak jemah untuk ambil tugasan memasak nih.....wakakakaka...


Ikan senangin kukus @ ZLC

Ikan Senangin sederhana  (yang ni ikan besar jadi guna separuh je)
6 biji Cili padi dihiris (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
3 inci Halia dihiris
5 sb Sos tiram
10 biji Perahan limau kasturi (kali ni guna 1 1/2 biji lemon)
3 biji asam boi/asam gelugur (tak letak kali ni)
3 sb sos tiram
garam dan gula secukup rasa
2 batang serai dihiris
sayuran pilihan - tomato, karot, kobis bunga, cendawan tiram, daun ketumbar jika suka

Satukan semua bahan, kecuali bunga kobis, cendawan dan daun ketumbar dan kukus selama 20 - 25 minit. Buka pengukus, masukkan bahan2 lain dan sambung kukus selama 5 minit. Tutup api.

Asam pedas air tangan suami

Asam pedas untuk dear.....tajuk baru novel yang akan diadaptasikan ke blog ZLC....kikiki


Ni masakan hubby minggu lepas.....banyak sebenarnya resepi masakan yang blum di update kat sini sebab tuan rumah mengalami penyakit M yang agak kritikal semenjak dua menjak ni.....

Asam pedas ni, masakan signature encik hubbyku sayang. Anak2 pun kalau ayah diorang masak asam pedas ni suka bukan main..... Masakan chef tersohor alaf ini la katakan.... Kali ni stok bendi, bunga kantan semua tak ada, tapi keenakan asam pedas air tangan hubby ni tak terjejas sama sekali.....hakhakhak.....jangan marah tau....sapa lagi nak puji suami sendiri, kalau bukan juri2 kat rumah ni.....

Moh le ajak suami2 kita ke dapur....

Asam Pedas Sedap Tak Hengat @ ZLC

I Kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa
----
Tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak)
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.


Thursday, April 21, 2016

Pulut mangga harum manis lajen


Penyakit berjangkit.....hahaha....komen rakan fb bila saya update status gambar pulut mangga sbb tergoda dengan post pulut mangga kawan. Memang....selalu jer berjangkit....ada jer masakan yg kawan post yg akan mempengaruhi yang lain2 untuk memasak....membeli...memakannya....hahahha


Pertama kali menikmatinya.....dengan mangga harum manis yg lajen tu...pergh.....fenin kefala pun belakang kira.

Pulut mangga @ ZLC

Utk pulut

1 cawan beras pulut (rendam dua jam kalau bukan pulut susu. Kalau pulut susu boleh masak terus tanpa direndam)
1 cawan santan cair
1 sb gula
1 sk garam
1 helai daun pandan disimpul

Satukan semua bahan dan tanak  hingga masak.

Bahan lain

Mangga masak secukupnya - sejukkan didlm peti ais
Santan pekat secukupnya - sejukkan di dalam peti ais (kalau nak letak sedikit garam pun boleh)

Hidang pulut, hirisan mangga dan tuangkan santan pekat secukupnya.


Wednesday, April 20, 2016

Kuih tepung gomak aka abuk-abuk


Kuih traditional yg tak luput dek zaman...walau pun sekarang ni agak sukar nak jumpa dijual digerai2. Saya bila sesekali teringin makan saya buat sendiri jer...inti kacang tu biasanya saya buat lebih sikit sbb inti tu saya guna untuk buat kuih bom tepung pulut, sagumpal...nak buat kuih kasturi pun sedap..

Kuih ni kat tempat lain ada yang panggil abuk-abuk dan mungkin ada nama lain.


Tepung Gomak @ ZLC

Bahan doh

300 gm tepung pulut
1 cwn Air
secubit garam
2 sb gula

Campurkan air dengan garam dan gula. Tuangkan air  sedikit demi sedikit kw dlm tepung dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.


Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
1 cawan gula pasir
2 sb mentega
Boleh letak kelapa parut jika suka
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Setelah inti sebati dan masukkan metega. Kacau rata. Sejukkan.


Tepung kacang hijau

(kalau nak buat sendiri la....saya guna yg dah siap proses.

200 gm kacang hijau

basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

Cara membuat tepung gomak

ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul di dalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak bergantung saiz kuih kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...