
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, December 14, 2015
Chicken Chop
KAMBING MASAK MERAH
Hari ni malas betul nak masak.....tapi apakan daya...perutku dan keluargaku perlu diisi....sampai lepas asar juga la baru mula memasak....nak tunggu dapat feel dulu....kikiki...
Sudahnya pukul 6 baru ble makan...cian anak2ku dan suamiku.....balik dari kampung isteri dia dapat penyakit M.
KAMBING MASAK MERAH @ ZLC
Bahan2nya:-
2 kg gearbox kambing
1 cawan tepung gandum
100 gm halia (diketuk) -(4 inci halia)
3 liter air (12 cawan air)
Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan) - (20 biji @ ikut selera)
80 gm bawang putih (1 labu)
250 gm bawang merah (2 biji bawang besar @ 15 ulas bawang merah)
80 gm halia (3 inci)
Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik
200 gm bawang besar- hiris nipis
4 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi (1 senduk)
Bahan2 lain:-
garam secukup rasa
Gula melaka (1/2 keping @ 1/2 ketul)
100 ml sunquick base (orange) (1/3 cawan )
100 ml sos tomato (1/3 cawan)
100 ml sos cili (1/3 cawan)
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4)
150 gm kismis kuning
1 pokok daun bawang (hiris kasar)
2 batang daun saderi (daun sahaja - hiris kasar)
1 pokok daun sup (daun sahaja - hiris kasar) (boleh gantikan dengan 2 pokok daun ketumbar)
Caranya:-
Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.
Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya.
Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.
Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal.
Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan
Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis
Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar.
Masukkan hirisan bawang besar.
Kacau hingga bawang menjadi ringan.
Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.
Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.
Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau.
Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.
Kemudian masukkan daun pudina dan kacau.
Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.
Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.
Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.
Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api.
Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.
Sunday, December 13, 2015
Donut Gebu
Saturday, December 12, 2015
Pulut kuning berhias
Ayam Percik Kelantan
Balik kampung kali ni khusus untuk celebrate besday mil yang kebetulan sama tarikh dengan anniversary kitrg. Hubby cadangkan buat ayam percik....dan sebab mil tak boleh makan pedas saya buatkan ayam percik kelantan. Pedas2 manja jer...budak2....org tak tahan pedas sesuai sangat dengan menu nih.
Resepi ni saya google2 tengok dua tiga tempat guna resepi sama....termasuk azie kitchen...maknanya resepi ni meyskinkan untuk dicuba. Dan bila buat memang rasanya secukup rasa....sedap...
Saya ubah suai sedikit bahan dan cara penyediaannya ikut citarasa.
Ayam Percik Kelantan @ ZLC
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
3 cawan santan pekat (daripada 2 biji kelapa)
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
2 biji cili masak - boleh guna cili padi jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
1 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. (Saya masak ayam dengan kuah separuh masak terlebih dahulu.)
Bakar ayam. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah rata2 dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib.
Thursday, December 10, 2015
Wednesday, December 9, 2015
Apam gula hangus
Resepi ni dah lama saya guna....ramai yg merujuk pada resepi yang sama sebab kejadiaannya tak mengecewakan...
Kali ni warna apam ni kurang coklat sebabnya gula dia kurang hangus....kira hangus2 manja jer....tapi rasanya tetap gebus dan lembut..
Yang nampak berjeragat tu adunan yg kukus mula2....mungkin adunannya belum mesra lagi...yg lain tu nampak kedut2 sikit permukaan dia tu sbb kena wap air la tu...
Apam gula hangus @ ZLC
Bahan-bahan
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat (soda bila ni saya ganti dengan baking soda 1 1/2 st sbb tak jumpa kat mana letaknya benda tu)
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkanDidalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minitMasukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.