
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, November 9, 2015
Menu tengahari jumaat.....macam2 ada
Bahan homemade
Maklumat ni saya dapat dari Mybakingworkshop. Saya share disini sebagai arkib sendiri dan kemudahan pengunjung blog ni juga yer.....moga bermanfaat.
Tepung kek homemade
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek.
Superfine flour (tepung kek)
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Cara2nya:
1. Dalam mangkuk, masukkan 1 cawan tepung gandum yang telah di sukat tadi. Keluarkan 2 sb tepung gandum daripada sukatan itu.
2. Kemudian, masukkan pula 2 sb tepung jagung kedalam mangkuk tadi & gaul rata.
3. Ayakkan campuran tepung gandum bersama tepung jagung sebanyak 5 - 6 kali. Sedia untuk di gunakan.
Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung kek ( superfine flour)
All purpose flour (tepung serbaguna)
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kek (superfine)
Cara2 membuatnya:
1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.
2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.
Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung serbaguna ( all purpose flour)
Self raising flour (tepung naik sendiri)
Bahan2nya:
1 cawan tepung serba guna / gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Ayakkan campuran tepung beberapa kali. Simpan dalam bekas kedap udara.
Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung naik sendiri ( self raising flour)
Sour cream (krim masam)
Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream
3/4 sk white vinegar / cuka makan
Cara2nya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.
2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.
3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.
4. Simpan dalam peti sejuk.
Buttermilk (susu masam)
Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair
2 sb white vinegar / cuka makan
Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.
2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.
Tips# Untuk langkah berserta gambar boleh rujuk di sini.
Brown sugar (gula perang)
Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses
Cara2nya:
1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses.
2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.
Sunday, November 8, 2015
RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Ayam goreng berempah
Lama dah tak buat ayam berempah ni. Last buat masa kenduri nikah anak buah dua ke tiga tahun lepas.....kakak saya suka makan serdaknya dengan nasi panas.
Ayam goreng berempah
1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2) - kali ni saya guna bahagian pahanya saja
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap.
Saturday, November 7, 2015
Kek Mentega
Kek mentega yg dipelangikan.....utk kelas baking harini...
Kek Mentega
Bahan-bahan :
- 250 g mentega
- 180 g gula castor
- 4 biji telur saiz A
- 1/2 cawan susu segar/susu cair
- 250 g tepung naik sendiri (+ 1/2 sk baking powder - tak letak pun takpe)
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan oven 15 minit, alas loyang 8 inci dengan kertas minyak dan griskan dengan mentega, ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih.
3.Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
5.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit selang selikan dengan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.
6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.
ROASTED CHICKEN KABSA
Balik kelas baking tadi terus sambung masak utk lunch family dan tetamu yg bertandang. Balik tadi pun dah zohor jadi siap masak dan hidang dah pukul 3 pm....kesian diorang. Lambat betul lunch hari ni. Resepi masih lagi dari sumber lydia honey la......simple tapi sedap.
Friday, November 6, 2015
Roti ala sarang lebah ZLC
Roti ala sarang lebah ZLC
Doh roti
500 gm tepung roti/tepung gandum
10 gm kfine supercream atau 5 gm improver
80 gm mentega
50 gm susu tepung
60 gm gula
5 gm garam
1 biji telur
7 gm yis
225 gm air sejuk dari fridge
Masukkan bahan ikut aturan BM dan uli guna mode doh. Atau satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang licin dan elastik. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh. Bahagikan ikut citarasa. (Utk roti sarang lebah seeloknya doh 10gm saja). Ambil satu bahagian. Bulatkan dan susun dalam loyang yg digris mentega. Perap selama 2 - 3 jam. Spray air di atas doh, tabur kekacang - biji kuaci, almond slice, bijan putih dan hitam.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit. Atau hingga perang. Keluarkan dari loyang dan hidangkan bersama curahan ZLC milky butterscotch spread. (Klik untuk resepinya)