Monday, September 14, 2015

Kaswi

Kuih kaswi utk sarapan dan hidangan untuk tetamu yang nak berkunjung pagi ni....mlm tadi takde air...ikut jaduslnya sampai tengahari. Tapi Alahamdulillah lepas subuh dengar air masuk tangki. Lega....nak memasak2 senang. 

Resepi kuih ni member group kelentung kelentang share. Katanya sumber asal dari buku masak Mami Asmah. Sedap...manis sedang2...lembut dan inilah resepi yang saya idamkan untuk kuih kaswi. Satu adunan ni banyak.....boleh buat separuh adunan kalau famili kecil. Kat dl. Kurungan tu sukatan utk 1/2 adunan.

KUIH KASWI

BAHAN A

560gm gula timbang/gula hitam - saya guna gula nise (550gm + gula merah timbang 50gm + gula putih 60gm) - (280 gm)

1 ltr air - (500 ml)
5 helai daun pandan - disimpul

BAHAN B

450gm tepung gandum - (225gm)
250gm tepung ubi - (125 gm)
1.1 ltr air (1,100 ml) - (550ml)
Saya tambah kicap pekat 2 sb
1 sdm besar kapur + 1/2 cwn air (tapis) - (1 sk kapur + 1/4 cawan air)

BAHAN C
Kelapa parut kukus
Garam

Acuan/Loyang yg disapu minyak

CARA

1. Satukan bahan A, masak diatas api  sehingga larut dan tapis. Ketepikan.

2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk dan tapis.

3. Satukan bahan B dan bahan A. Bahan A harus panas sedikit. Tapis

4. Perap adunan utk beberapa jam atau satu mlm, supaya adunan kembang dan lembut.

5.Sabelum dituang kedlm loyang, pastikan adunan dikacau dulu. Supaya tiada mendapan.

6. Tuangkan kedalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak.

7. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.



Sunday, September 13, 2015

Ikan percik bunga kantan

Hidangan tengahari....ringkas jer. Bunga kantan banyak...beli kat kampung....12 kuntum cuma 4 ringgit....murah giler...


Macam2 masakan boleh dimasak guna bunga kantan ni.....nasi goreng, ayam goreng, air asam, asam pedas.....macam2 la...tu pasal harganya melambung tinggi...sampai tak sempat nak kembang bunganya...siap ada yang sanggup mencuri bunga ni kat kebun orang....

Ikan percik bunga kantan

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung/pari yang besar
2 cawan santan pekat
*15 biji cili kering (nak pedas boleh tambah cili padi sikit)
*10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
*1 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
*1 batang serai
2 camca besar air asam jawa
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakar sehingga separuh masak.

2. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. * dikisar hingga lumat. Setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masak dengan api yang perlahan hingga pekat kuahnya.

3. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi.

4. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


Saturday, September 12, 2015

Ayam Masak Bistik

Antara menu istimewa hari raya aidul adha. Sengaja memilih menu selain nasi arab sebab tukang masaknya dah jemu dengan nasi arab. Lagi pun adik yg tinggal di tanah arab dah hari2 mengadap menu tu....sesekali balik malaysia mesti lah nak menikmati citarasa melayu pulak....

Resepi ni saya dapat sumbangan keluarga kelentung kelentang @ PBT. Sedap dan terima kasih sudi kongsikan resepinya. 

Ayam Masak Bistik

BAHAN A:

1 ekor ayam | dipotong 12
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN B:

15 biji bawang merah |
3 biji bawang besar
5sm halia
5sm lengkuas
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
200gm rempah briyani
4 sudu makan cili kisar
3 batang serai | dititik
250ml sos cili
250ml kicap manis
175ml puri tomato
1 tangkai daun sup | dihiris
1 tangkai daun pudina | dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga berwarna kekuningan. Angkat dan asingkan.
3. Kemudian, menggunakan minyak gorengan ayam tadi, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
4. Setelah itu masukkan bahan kisar, cili kisar dan serai. Tumis sehingga kekuningan.
5. Seterusnya masukkan rempah briyani dan kacau sehingga garing. Masukkan pula puri tomato, sos cili dan kicap manis. Sebatikan.
6. Kemudian masukkan daun pudina dan daun sup. Gaul rata.
7. Akhir sekali, barulah dimasukkan ayam goreng tadi. Sebatikan dan sedia untuk dihidangkan.


AYAM MASAK PANDAN

Wangi betul masakan ni....suka saya dengan bau pandannya...masukkan jer daun pandan terus semerbak baunya...tak rugi pilih resepi ni untuk hidangan makan malam kami sekeluarga harini.

Sumber resepi saya kali ini ialah group wasap kesayangan saya.....kelentung kelentang @ PBT....

AYAM MASAK PANDAN

Bahan-bahan:

4 ketul ayam (dipotong2)
2sb air limau
sedikit garam
1 helai daun salam
2 helai daun pandan (dihiris kasar)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong kasar)
1 tangkai daun bawang - dipotong2
1 kiub pati ayam (tak letak)
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan dimesin halus:

1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai lada kering yang dah direbus
3 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 in halia
1 in lengkuas
sedikit kunyit basah/hidup

Caranya:

1. Perap ayam dengan air limau dan garam selama beberapa minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dihiris kecuali tomato dan daun bawang. Biarkan sebentar.

3. Masukkan ayam, kiub ayam, garam , gula dan sedikit air, masak hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun bawang, biarkan sebati dan rasakan garam dan gula. Semua dah ok, tutup api dan hidangkan panas2.

BINGKA ROTI DURIAN

Bingka roti durian......projek mlm tadi yang mengerikan.... Kenapa gitew???????. Mana tak ngeri....tengah2 blend adunan sekali gitu bahagian bawahnya terbukak...separuh adunan melempah ke bawah....tension betul masa tu....risau gak takut adunannya masuk dlm motornya boleh jadi short circuit pulok.  Nasib baik tindakan pantas akak dapat selamatkan separuh lagi dan lap adunan yg tumpah...

Frust punya pasal masa bakar tu akak tinggalkan ajer dan naik tidur......oven tu ada time....nasib la apa nak jadi, jadilah....

Pagi tadi turun ke dapur terus nampak bingka dah ada kat meja...putih tak garing...ok la tu...asal boleh di makan. Nak bakar semula tak sempat.

Adunan bingka ni saya terpaksa kisar sebab guna roti perancis yg keras mcm batang kayu...saya beli kat tesco....terkejut masa kuarkan dari balutan dia.....rupa pun dah keras...kalau guna roti biasa terpulang nak kisar boleh tak kisarpun boleh yer...

Resepi saya dapat dari fb Tips Hias Rumah. Saya dah olah sedikit ikut citarasa.

BINGKA ROTI DURIAN

Bahan-bahan:

5 keping roti 
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
500ml santan
1 sudu kecil esen vanila ( tak letak sebsb bau durian dah mengancam)
10 ulas isi durian 

Cara-cara:

-Carik-carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
-Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. 
-Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
-Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila, isi durian dan gula pasir, kacau sebati.
-Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
-Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. 
-Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.



Air asam - pencicah ikan bakar

Ikan bakar merupakan menu simple yang jadi pilihan ramai. Kesedapannya lebih bergantung kepada sambal pencicahnya....bukan pada ikan itu sendiri. Rata2nya org bakar ikan ni hanya dengan melumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.....melainkan utk ikan bakar bersambal...ikan dilumur dengan sambal yang disediakan sebelum dibakar.

Bagi keluarga saya kebiasaannya ikan bakar ni disajikan bersama pilihan sambal kicap kalau nak yg lebih ringkas atau pun  air asam. Bukan la rumit mana cuma bahannya lebih banyak.... Kali ni saya nak share resepi air asam yang biasa saya gunakan.....cuma bagannya agak terhad, bahan2 dalam senarai pilihan takde jadi gunakan bahan asas sahaja kali ni.....

Resepi air asam zulfaza

1 cawan perahan air asam jawa pekat
Perahan 2 biji limau nipis (jumlah limau bergantung pada saiz limau dan jumlah jusnya juga yer)
Garam dan gula putih/melaka/nise/apong secukup rasa
20 biji cili padi dihiris nipis
Seketul belacan sebesar ibu jari (bakar atas pan tanpa minyak - malas nak bakar guna terus pun boleh)
1 biji bawang holland/besar dicincang/hiris

Untuk lebih sedap (pilihan)
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 ikat daun kesum - hiris daunnya
2 biji tomato potong kiub - buang tengahnya
2 sb kerisik


Satukan semua bahan kacau sebati. Lenyek2kan sedikit cili supaya pedasnya keluar...


Kek Coklat Horlick

Dah berminggu2 anak minta buatkan kek coklat atau brownies tapi kebelakangan ni banyak pulak kekangannya. Hari ni baru ada kelapangan dan mood dan mengekek. Mcm2 plan sebenarnya nak dimasak tapi tengok la mana yang sempat.

Saya pilih resepi yang mudah jer....lepas gorengkan mee untuk sarapan terus jer membancuh kek dan kukus. Kalau tangguh lewat nanti mr M for malas datang pulak. Lagi pun kek ni nak di deco atas permintaan si comel. Kena ambil masa untuk sejukkan. Resepi asalnya di share oleh:Aznie Zura di facebook bukuresepi pernah saya guna dan postkan diblog dan page saya cuma kali ni saya olah sedikit ikut citarasa dan bahan yg ada....

****tips yg baru saya perolehi utk kek kukus tahan lebih lama dari sis leonora KK@PBT.

"Kalau akak semua kek kukus akan dibakar lagi dlm 20-25 min supaya ia nya lebih tahan...."

Kek Coklat Horlick

*2 cwn tepung gandum + 1 sk serbuk penaik
*1 cwn serbuk koko (best yg pahit mcm vochella / van houten)
*1 cwn horlick original
3/4 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak jagung/minyak masak/mentega cair
1 cwn air kopi  O tanpa gula panas mendidih
4 biji telur

Cara :-
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung spy x melekat.
2. Pukul sikit telur (guna garfu je mcm buat telur dadar).
3. Ayak *. Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaulkan sebati.
4. Last sekali masukkan air panas. Kacau sebati hingga tak bergentel; tepung tak berketul
5. Masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam / hingga masak bergntung kpd saiz loyang
6. Sejukkan. Hias sesuka hati. Sedap makan dlmakan dengan aiskrim vanilla.

Tak sempat sejuk terus deko...anak2 dah lapar sangat katanya.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...