Monday, November 17, 2014

Kek pisang karamel

Arini selepas dapat tido seround rasa segar skit badan nih.....bila dah rasa segar lapar pulak....semalam beli pisang emas dan pisang berangan, trngok macam tak berapa nak luak....jadi nak kurangkan populasinya saya buat kek.

Kali ni cuba kek pisang karamel....lain skit daripada kek pisang yg selalu buat tu. Saya guna resepi dari myresepi. Satu lagi resepi yg saya share tu lebih kurang sama dgn resepi yg saya guna cuma dia guna air biasa dan minyak. 


Myresepi

Super Moist Carameled Banana cake

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g)- kurangkan jadi 3/4 cawan
125 g mentega (1/2 buku)
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar
2 biji telur - A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak (saya guna tepung gandum + 1 sk baking powder)

Cara-cara

Pisang lecek,gula,mentega b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.

Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.

Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

Adunan boleh juga dikukus...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sumber mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

120 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
90 g gula pasir
50 ml minyak jagung/masak (mat guna mentega cair)
2 biji telur gred A
1 biji pisang embun/montel
30 g gula pasir + 1 camca besar air*
2 camca besar air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 175C,Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk.Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingga gula hancur. Angkat dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.Tuang pisang + karamel tadi dan gaul hingga rata. Curah dalam acuan dan bakar 30 - 35 minit hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong. Simpan semalaman untuk mendapat rasa yang lebih sedapp...


Sunday, November 16, 2014

Apam susu dan kek coklat utk jamuan akhir tahun KAFA anak2

Dari semalam badan rasa penat sangat sebab beberapa hari kebelakangan ni sibuk sikit dengan macam2 urusan. Hari ni pulak separuh hari dah duduk dekat kolam tunggu anak2 belajar berenang. Balik dari kolam rasa macam nak rehat jer, tak nak buat apa2 dah. Nak masak pun takde idea. Untuk makan malam, ajak en hubby pegi pasar malam untuk beli nasi ambeng mak ngah....dah lama tak pekena nasi ambeng mak ngah nih....

Balik dari pasar selesai makan dan urusan2 lain tu dok fikir apa jugak nak disediakan untuk jamuan KAFA anak2 besok....badan dan minda dah rasa terlalu penat tapi bila memikirkan anak2 yang beriya2 sangat nak bawak something, digagahkan juga la ke dapur. Akhirnya berkeputusan menyediakan apam susu dan kek coklat...dan inilah hasilnya...

Kek coklat ni kalau ikutkan anak nak hias ngan coklat dan gambar edible frozen.....tapi saya guna jer stok bahan yang ada kat rumah.


Apam susu......warnanya sedikit meriah sbb apam ni utk jamuan anak2 sekolah rendah.

bahan2nya

2 CAWAN TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
4 BIJI TELUR AYAM
1SB OVELLET
4 SB SUSU PEKAT MANIS
3/4 CAWAN GULA 
PEWARNA

(Tambah - 4 sb minyak jagung dan 1 sk serbuk penaik untuk lebih gebu dan lembut).

BLENDER/MIXER GULA, TELUR, SUSU & OVELLET HINGGA KEMBANG

MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KAUP BALIK HINGGA SEBATI

ASING ADUNAN DALAM 2 @ 3 WARNA KESUKAAN
MASUKKAN ADUNAN DALAM LOYANG YANG DI GRIS DENGAN SEDIKIT MINYAK
KUKUS ADUNAN SELAMA 30 MINIT DENGAN API SEDERHANA.

SELAMAT MENCUBA

@@@@@################@@@@

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula  (saya kurangkan 1/4 cawan sbb guna air soya)
3/4 cawan serbuk koko 
2 tsp soda bikarbonat 
1 tsp serbuk penaik 
2 biji telur saiz A @ B 
1 tsp garam 
1 cawan susu cair
1 cawan Mazola (guna minyak masak biasa pun boleh) 
1 1/2 tsp asen vanilla 
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe 

Cara Penyediaan: 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. 

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. 

Sekiranya cake tester atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

Topping/ganache coklat

250 gm coklat susu (milk chocolate compound)

1/4 cawan susu cair 

Masakkan hingga coklat cair. Sejukkan. Masukkan ke dalam piping bag. Hias kek ikut citarasa.

Nasi kabsa ayam dan kambing

Semalam ada majlis doa selamat kat surau sempena orang nak pegi umrah. Dapat la tempahan 60 paxs nasi kabsa ayam dan kambing. Macam biasa yang lauk kambing akan habis dulu....dah second round baru la diorg makan yang ayam.

Saya ni macam biasa la, bila orang tempah makanan ni selagi tak dapat feedback, hati risau jer.....entah sedap entahkan tidak. Alhamdulillah, bila tengok orang makan tu bertambah2, lega rasanya.... Ustaz Sayed Shahridzan,  penceramah pengajian kitab tu pun kata sedap....lebih sedap daripada restoran xxx yang dia biasa makan.

Komen ustaz lagi kebanyakan restoran arab kat M'sia ni hidang nasi arab ala nasi ayam jer........pak sheikh arab yang mengajar kat tafiz depan surau tu pun bagi positive feedback...... Alhamdulillah....terima kasih Allah kerana menjadikan masakan saya memuaskan hati pelanggan...

Macam saya selalu kata saya tak pandai memasak cuma saya enjoy dan suka yang teramat aktiviti memasak nih......
Resepi nasi dan salsa tu boleh klik kat link nasi dan link salsa yaman yer....

Saturday, November 15, 2014

REGULAR ZAHAWIG aka sambal salsa arab

Kali ni saya ikut resepi salsa dari Yaman. Kelainan daripada resepi yg saya biasa guna adalah penambahan jintan putih dan bawang putih.....

Rupa paras dan rasanya tak lari dari salsa yang selalu saya buat tu....

1 biji tomato

1 biji cili hijau + cili padi (ikut citarasa)
1 ulas bawang putih
Secubit jintan putih
1 pokok daun ketumbar (jgn buang akarnya)
Jus lemon/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan kisar. Jgn terlalu halus....simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi arab...

Friday, November 14, 2014

Homemade potato wedges


Dah lama tak buat wedges nih. Berapa kali pegi supermarket cari US potato tapi tak pernah dapat yg ikut spesifikasi....huhuhu....selalu yg ada tu dah teruk sangat...kecut dan hitam di dalamnya. Tadi balik kerja singgah Giant....dok cari barang dapur.....ternampak US potato yang besar sangat dan masih segar bugar....rasa nak borong semua jer....hehehe....tapi nasib baik iman kuat lagi...kaut dalam 3kg jer...sekilo rm3 lebih......

Balik rumah terus mintak tolong kakak kupaskan 4 biji....untuk buat cucur. Bila diparut 3 biji dah terasa macam banyak sangat....jadi yang sebiji tu buat la wedges nih....

Nak bagi rasanya ada kelainan sikit saya gaul wedges ni dengan hirisan daun kunyit, garam, serbuk lada putih, sedikit tepung jagung,  tepung gandum dan telur.

Dah siap gaul tu, goreng la dengan api yang kecil bagi memastikan kentang tu cukup empuk dan garing diluarnya...

Bila dah garing, angkat, toskan dan hidangkan bersama sos atau mayonis...

Potato Fritters aka cucur kentang

Potato Fritters ni saya sediakan untuk minum petang. 



Resepi asal dari http://dapur-myzana.blogspot.com/2014/09/potato-fritters.html, saya ubah suai sedikit ikut citarasa.

Bahan:
5 biji kentang (disagat halus memanjang)
Daun bawang/ daun sup (hiris halus) (saya guna daun kunyit)
2 biji bawang besar dicincang
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur gred A (besar)
Serbuk Lada sulah
Garam

Cara:

Campurkan daun kunyit, bawang dan tepung ke dalam kentang yang disagat tadi. Gaul rata, pecahkan telur dan digaul rata, taburkan sedikit garam dan lada sulah, gaul rata.


Panaskan minyak, dan jemputkan adunan ke dalam minyak (minyak biarlah seperti kita menggoreng cucur). Goreng sehingga kekuningan (garing) dan angkat. Bolehlah dihidangkan dan dimakan dengan sos atau mayonis.

Asam rebus batang keladi

ASAM REBUS BATANG KELADI

2 ikat batang keladi dan buahnya
2 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
3 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
Air secukupnya

Bahan tumbuk
1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
1 biji bawang besar
sedikit belacan
3 tangkai cili merah
1/2 inci kunyit hidup

Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya.

Sediakan periuk. Masukkan air asam jawa, cili kisar, bahan tumbuk, batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi,  air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam dan gula.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...