Friday, September 26, 2014

Ayam masak ros dengan nasi lemak buah bidara.....

Ada dua tiga versi ayam ros yang saya jumpa bila google kat tenet....ada yg agak simple dan ada yg sedikit berjela bahan dan proses penyediaanya.....saya jengok juga resepi mamak haji....ada penggunaan garam masala, tomato sup, serbuk jintan manis dan putih, kas kas dan serbuk cili. Selain itu mamak haji juga kisarkan sekali karot, tomato dan badam selain bahan kisar yang digunakan dalam resepi deli hayat di bawah ni....
Utk menu kali ni saya buat sedikit olahan dengan memasukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu serta lengkuas seperti di dlm resepi linapg dan cengkih mcm resepi mamak haji.....

Kacang peas dan bahan2 hiasan lain tu saya tak letak sebab tak sempat nak sediakan....lain kali saya nak cuba resepi mamak haji sebab beberapa resepi mamak haji yang saya cuba setakat ini tak mengecewakan langsung......nanti yer mamak haji....next round menu ayam ros....

Ayam ni saya sediakan untuk sarapan pagi....anak2 ada sekolah ganti...boleh la bawa bekal. Saya padankan ayam ni dengan nasi lemak....

Ayam ni sesuai juga dimakan dengan nasi minyak, nasi puluo dll tu....

Ayam masak ros

Bahan-bahan A:

1 ekor ayam – dipotong 12 (digaram,kunyitkan dan digoreng)
saya tambah 3 biji ketang yg dipotong wedges dan digoreng
1 biji tomato – dipotong kiub
3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
2 sudu besar kismis
3 sudu gula perang/pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
1 cawan air
1 ½ cawan susu sejat atau santan
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disimpulkan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Rempah Tumis (Bahan B):

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih (ikut resepi mamak haji)
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia – dihiris
2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C: 

5 senduk nasi cili blend
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm lengkuas (saya tambah berdasarkan resepi linapg)

Kesemua bahan C dikisar halus.

Bahan Hiasan: (saya tak letak)

Kacang peas (dalam tin – ditoskan airnya)
Daun ketumbar
Kismis
Cili hidup/merah
Gajus goreng

Caranya:

Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.  Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

Nasi lemak

4 pot beras (saya guna basmati - basuh dan rendam 20 - 30 minit, toskan
5 - 5 1/2 cawan santan (bergantung kepada jenis beras)
garam secukup rasa
daun pandan disimpul
4 hiris halia
1 sk halba jika suka

cara2nya

Satukan semua bahan di dalam periuk elektrik. Tanak nasi seperti biasa. Hidangkan dengan ayam ros dan bahan2 lain.

Thursday, September 25, 2014

Lotus root chips

Ptg ni goreng akar teratai...sedap....makanan ni femes di kalangan masyarakat cina. Tanya kat tokey kedai tu dia kata selain buat chips akar ni sedap dimasak sup dengan ayam....takpe esok2 buat sup pulak...

Ni la rupanya akar teratai tu tapi yg ini bukan teratai tempatan tapi dibawa dari negeri china atau jepun....
Dah siap kupas dan dibasuh...
Hiris nipis..
Saya rendam dengan air garam...supaya tak berubah warna dan ada rasa masin2 sikit...
Tadaaaaaa.....dah siap....saya goreng seketul jer...selebihnya nak buat sup ayam nanti...

Ikan masak pindang dan tumis sayur peria

Arini kekanda ada appoinment di hospital, anak2 takde penjaga. Ummi tak ke pejabat arini. Uruskan anak jer.

Pagi selepas sarapan dan mengemas dapur, saya ke pasar. Beli sayuran dan buah2 skit....tujuan utamanya selain beli sayur tu nak cari limau untuk buat jus K lime dan acar limau. Tapi seperti biasa la saya ni bila dah ke pasar tu macam2 dibelinya.....termasuklah akar teratai.... Nanti saya update masakan daripada akar teratai ni yer....katanya selain digoreng sedap dimasak sup....

Bahan2nya..

2 ekor ikan senangin
1 biji bawang besar belah 6
*5 ulas bawang
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
Tumbuk atau kisar*

**6 biji cili padi - tumbuk kasar atau belah 2
3 keping asam gelugur
2 batang serai diketuk/titik
daun kesum diambil daunnya (kali ni saya letak bunga kantan)
2 biji tomato belah 4
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis * dan ** hingga naik bau dan keperangan. Masukkan serai dan bawang besar. Tumiskan seketika. Masukkan air, kacau rata. Masukkan ikan, asam gelugur. Biarkan ikan masak dan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa, daun kesum dan tomato. Biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan....


1 biji peria - belah dua, buang biji,  hiris nipis dan rendam dengan air garam setengah jam untuk mengurangkan pahitnya, basuh dan toskan.
10 ekor udang besar
1 /2 biji bawang pesar dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
5 biji cili padi dihiris kecil (lebih kalau nak pedas)
Sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Tumis cili padi, bawang besar dan putih hingga keperangan. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Tumiskan seketika. Masukkan peria. Tumis hingga peria dan udang masak

Bingka labu

Saya tak blend pun bahan....guna sudu jer untuk adun sebati semua bahan

Sumber resepi saya kali ni MadihaA. Saya olah sedikit ikut citarasa.....

Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos (saya tak kupas kulit terus belah 4, kukus dan korek isinya dengan sudu)
240 gm gula pasir ( saya guna 210 gm sahaja)
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan
Saya tambah sedikit garam



Cara Menyediakan

1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C. (Saya guna oven kecil - suhu 200 °C)
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit (saya bakar selama 55 minit api atas bawah - hasilnya sedang elok jer) atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.


Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.


Wednesday, September 24, 2014

Nuget ayam homemade

Penuh dengan isi ayam sebenar....

Bahan-bahan :

500 g isi ayam (dibersihkan dgn air asam jawa dan dicincang kasar) 
1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
1 biji bawang holland/besar dicincang halus
(boleh juga dipelbagaikan dengan menambah daun sup/daun ketumbar/hirisan karot/fresh sweet corn)
1/2 cawan keju cheddar parut (opt)
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul sedikit)
6 sudu besar tepung gandum
serbuk roti secukupnya (breadcrumb)


Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, keju, bawang, 3 sb tepung dan garam hingga sebati. Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing.

Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu. Celupkan ke dalam telur.Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.

Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.

Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nuget tadi hingga keemasan. Hidangkan bersama sos, mayonis atau ikut citarasa...


Tuesday, September 23, 2014

Resepi mol kangkung (baja organik untuk tanaman)

1kg gula merah
1kg sayur kangkung
Botol
Marker
Kain
Timbang

Cara2nya:-
Potong dua atau tiga kangkung tu.. .
Masukkan dlm bekas selang seli dgn gula merah.. peram semgg.. . Dah matang ... tapis.. .sedia utk dibagi kepada setiap pokok.. .5ml mol kangkung : 1 liter air hujan.. .

Mihun/bihun goreng tomyam

Bihun goreng tomyam pagi ni tak cukup bahan....sayur yang sesuai cuma karot ajer yang ada...daun limau purut terlupa nak ambil kat pasu depan rumah.....pagi2 kitab ni takut pulak ada benda2 yang menggerunkan kat pokok2 tu....hehehe

Menu di saya hidangkan bersama cucur kurma. 
Resepi klik http://zulfadreamland.blogspot.com/2014/09/cucur-kurma.html?m=1
Mihun / bihun / meehon goreng tomyam

Bahan2nya

1/2 paket meehon direndam
10 ekor udang (boleh dipelbagaikan ikut citarasa)
3 sb paste tomyam (resepi homemade paste di bawah)
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
1 sb pes nam prik/paste cili (kalau guna paste cili ni tak perlu letak bawang n bawang putih tapi kalau guna pes namprik ready made tu saya tumbukkan sebiji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dan tumiskan)
4 helai daun limau purut dihiris
Sawi dipotong kecil
Karot dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


-------

Panaskan minyak.
Masukkan paste tomyam, pes cili dan tumiskan seketika. 
Masukkan sos tomato dan tiram gaul rata dan biarkkan seketika. Masukkan karot dan daun limau purut.
Toskan meehon dan masukkan ke dalam kuali.
Gaul rata meehon. Perisakan dengan garam.
Bila meehon dah sebati, masukkan udang dan masakkan hingga udang berubah warna dan melengkung.
Masukkan sawi, gaul rata dan masakkan hingga sawi layu.
Hidangkan bersama cili potong dan bawang goreng serta hirisan limau jika suka...

Resepi paste tomyam

5 ulas bawang merah
5 biji cili merah 
5 biji cili kering
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu udang kering
3 helai daun limau purut
1 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar semua bahan Kecuali asam, garam dan gula. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga jadi paste. Sejuk dan simpan.

Paste cili homemade

Cara saya....

100 gm cili kering - rebus hingga lembut.
1 kg bawang besar - hiris
300 gm bawang putih - belah dua
1/2 cawan minyak
Sedikit garam dan gula.

Kisar semua bahan di atas hingga lumat. Kemudian goreng bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...