Thursday, July 17, 2014

Biskut untaian kasih/mutiara

Ni bentuk sebenar biskut untaian kasih ni....tapi disebabkan acuan saya tu besar sangat akhirnya saya tukar jadi bentuk dahlia dan warnanya pun dah jadi pink.......hahaha....

kat bawah tu ada resepi2 lain yg boleh dipilih...

Resepi fb

A

250gm mentega
100 gm gula ising
1 sb susu tepung
1 st Esen vanila

B

350 gm Tepung jagung

Caranya

Pukul bahan A hingga selama 1 minit. Masukkan bahan B dan adun sebati hingga jadi doh yang lembut. Terap acuan dan hias dengan coklat chip. Bakar 150 c selama 15 minit.



BISKUT UNTAIAN KASIH
Oleh : Ckin Azizan

250 gm mentega atau margerin
1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla 
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan

1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar susu tepung 
1 1/2 cawan tepung gandum

Kaedah Penyediaan

Satukan bahan tepung dan ayak
Dalam bekas pemutar, putar  mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat

Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15  ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak  dan simpan  dalam bekas kedap udara.

BISKUT UNTAIAN MUTIARA
Bahan-bahannya:
Bahan A 
250 g butter..juga bole gunakan Buttercup
3/4 cawan gula halus( kurangkan sedikit pun lg bagus)
1 biji kuning telur

Bahan B
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan tepung ubi 
sedikit garam untuk rasa lemak
(sekiranya nak tmbh gebu lebihkn tepung ubi n klo nak rangup lebihkan tepung jagung)

Cara-caranya
1) satukan bahan Adan kacau hingga sebati..
2)masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh lembut sepeti samperit
3) masukkan ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar dan masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 180c l/kurang 12-20 minit..

Bihun/Mihun/meehon Singapore


Bihun/Mihun/meehon Singapore

1 paket mihun
3 biji telur
15 ekor Udang atau/dan 5 ekor Sotong (lagi banyak perencah lagi sodap)
10 biji fish/chicken ball (Potong 4)
*6 ulas Bawang Putih
*6 ulas Bawang Merah 
(Tumbuk lumat *)
Sawi
Karot
Kobis
4 sb sos tiram
Sedikit lada hitam (kalau tak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-----------
Panaskan Minyak.
Pecahkan telur dan buat ala-ala scramble egg. Ketepikan (tak perlu keluarkan dari kuali pun). Tumiskan bawang yang telah ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau sebati.
Masukkan chicken ball/sotong/udang (masukkan udang last sekali sebab udang tak ble masak lama)
Masukkan mihun yang telah di basuh dan direndam (Tak perlu toskan kalau tak rendam dengan air panas). Masukkan garam secukup rasa. (Garam tak perlu masuk awal sebab kalau dimasukkan bersama ball/udang/sotong/telur, masinnya akan meresap kedalam perencah tadi.
Gaul sehingga mihun lembut dan tak berair supaya tak cepat basi. (kena kacau supaya mihun tak hangus)
Masukkan sayuran dan kacau sehingga sayur masak secukupnya lebih kurang 2-3 minit gitu.

Terus angkat masuk dalam bekas.
Hias la dengan tauhu yang telah digoreng dan dihiris, bawang goreng, daun sup/daun bawang...
Nak makan, masukkan la sambal kicap tu.....

(Tak payah nak masak 2 menu sebab budak2 pun boleh makan sebab tak pedas, sambal asing...Saya jarang masukkan lada hitam kalau sediakan menu ni untuk sarapan tapi kalau sediakan utk orang beso masukkan la skit.)

Sambal Kicap

5 sudu besar kicap pekat
2 biji limau kasturi
15 biji cili api dihiris nipis
5 sb air panas
Sedikit garam
-----------
Campur kicap, air dan garam. Kacau hingga garam hancur. Masukkan cili api. Perahkan limau dan kacau rata.

Ikan mabung masak taucu

Ikan goreng semalam sesuai dimasak taucu atau masak cuka....

Bahan2nya

3 ekor ikan mabong atau apa2 saja jenis yang disukai. (janji ikan tu boleh digoreng)
6 sb taucu (saya selalu guna cap Yakin)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
15 biji cili api/ cili hijau
1 biji timun/terung (kali ni tak letak)
2 biji tomato
2 keping asam gelugor
1 liter air
1 sb gula dan garam secukup rasa
-------
Kunyit dan garamkan ikan. Goreng api jangan sampai garing sangat.
Angkat dan toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili yang telah dibelah dua dan masak hingga layu.
Masukkan taucu dan asam keping dan tumis sebentar.
Masukkan air dan kacau hingga sebati. Tambah gula.
Masukkan ikan dan timun yang telah dipotong dan dibuang bijinya (bahagian tengah).
Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato dan garam.

*****Rasa dulu baru tabah garam sebab taucu selalunya dah masin, ditambah dengan garam pada ikan goreng tu selalunya dah cukup masin tanpa perlu garam tambahan.

Biskut red velvet dengan white choclate chips


Cantik biskut ni....suka tengok warna merah menyala tu....cumanya white choc chip tu saya tak jumpa jadi terpaksa ganti dengan double twin chips ni...
Sumber resepi saya Cookingclassy.com cnp dari QH

BISKUT RED VELVET
@ http://zulfadreamland.blogspot my

Bahan2

200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula kastor
1 biji telur gred A
300 gm tepung gandum 
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih
100 gm badam nibs (badam ni nak letak lebih pon boleh)

Hiasan: Coklat chips putih secukupnya

Caranya

1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.

2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.

3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.

4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.

5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

---------------------

Ni utk yg takde penimbang...boleh cuba yg sukat cawan

Red Velvet Cheese Cookies

1/2 cwn mentega,  suhu bilik
1 cwn gula halus
1 biji telur 
1 st vanilla extract
1 sb. Pewarna merah
5 sb susu cair
1 1/2 cwn tepung*
1 tsp. baking soda*
1/3 cwn serbuk koko*
1/2 cwn chocolate chips putih
1/4 cwn chocolate chips 
90 cream cheese, suhu bilik 

Satukan bahan bertanda *.Ketepikan 

Pukul butter & gula hingga ringan & gebu. Masukkn telur & vanilla, pukul. Campurkn pewarna merah & kacau rata. Masukkn susu cair. Masukkan bahan bertanda *, adun hingga sebati. Masukkn cream cheese, gaulkn. Masuk chocolate chips (putih & coklat) gaul perlahan. 

Sudukan atas dulang pembakar (tekan dgn jari sedikit jika perlu). Hias dgn lebihan choc chips jika ada.

Bakar pd suhu 160 deg C selama 12-15 minit. (Panaskn oven selama 15 minit dahulu seblm membakar cookies)


Biskut Red Velvet Dengan White Chocolate Chip
classycooking.com

Ingredients
2 1/4 cups all-purpose flour
2 1/2 Tbsp cocoa powder*
1 1/2 tsp cornstarch
3/4 tsp baking soda
1/2 tsp salt
8 Tbsp butter, at room temperature
6 Tbsp all vegetable shortening, at room temperature
1 1/2 cups granulated sugar
1 large egg
1 large egg yolk
1 1/2 tsp white vinegar
1 1/2 tsp vanilla extract
1 Tbsp red food coloring
1 1/3 cups white chocolate chips, divided

Directions

Preheat oven to 375 degrees. In a mixing bowl, whisk together flour, cocoa powder, cornstarch, baking soda and salt, set aside. Add butter, shortening and sugar to the bowl of an electric stand mixer and mix on medium speed until very pale and fluffy about 4 minutes. Add egg and egg yolk and mix until combine. Add vinegar, vanilla and food coloring and mix until well blended. Slowly add in dry ingredients and mix just until combine. Mix in 1/2 cup white chocolate chips. Scoop dough out by the heaping tablespoonfuls (about 1 1/2 Tbsp) and roll into balls and place on buttered or Silpat lined cookie sheets. Gently press about 6 white chocolate chips into the top of each cookie, being careful not to flatten the cookies (if you do flatten them a bit just reshape them to the height they had before adding the chips) and bake in preheated oven 8 – 9 minutes. Allow to cool several minutes on baking sheet before transferring to a wire rack to cool. Store cookies in an airtight container.
*If you want a more chocolaty cookie you could replace 1 – 2 Tbsp flour with an additional 1 -2 Tbsp cocoa, the red just won’t be quite as vibrant. Or, you could replace the white chocolate chips with chocolate chip

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Whipping Cream Mudah dan Sedap.

Resepi Whipping Cream Mudah dan Sedap.
Sumber kelasbakeri.com

Bahan-bahan:

250g Marjerin
250g Mentega
200g Gula Aising
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh perasa (esen vanila)
1 sudu teh pewarna

Cara Membuat:

1) Putar marjerin dan mentega sehingga putih

2) Masukkan gula aising dan pukul lagi.

3) Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.

Biskut badam rangup

Resepi biskut ni dari Mat gebu. Saya suka biskut yang ada rasa kacang2 nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram mentega 
100 gram gula aising, diayak 
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam*
1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)
50+ gram tepung gandum (extra)
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, July 15, 2014

Biskut samperit dahlia

Kukis wajib tiap tahun...
untuk bunga kuning tu saya ganti paste pandan dengan esen vanila dan wsrna hijau saya ganti dengan pewarna kuning lemon.



Bahan-bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal 
Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard 
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand. (saya tak letak pun) 

Cara-cara 

Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam. 

Guna nozzle samperit dahlia dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Hias ceri merah.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...