Saturday, November 30, 2013

Agar-agar nescafe

Agar2 ni sedap. Masa buat ni sambil melayan dan mendukung si kecil. Terleka sekejap selepas masukkan telur tu sampaikan semua telurnya bergumpal....huhuhu....nasib baik tak membuak keluar....cuma tak nampak la rupanya yang macam marble skit....

Resepinya

Agar2 tali (direndam, tos dan masukkan dalam bekas)
Air ( kalau agar2 tu satu cawan airnya 4 cawan)
1 cawan susu cair
3 ketul gula batu sebesar ibu jari
Gula secukup rasa
 1 sb serbuk nescafe
2 biji telur dipukul sedikit hingga bercampur
Secubit garam

------
Rebus agar2 hingga hancur. Masukkan gula dan garam.  Kacau hingga gula hancur. Bila dah hancur masukkan susu dan masukkan telur sambil dikacau supaya telur tak bergumpal dan dah mendidih tutup api ( bila masak kena tunggu sebab nanti membuak keluar).

Tuangkkan dalam bekas dan sejukkan hingga agar2 membeku.

Wednesday, November 27, 2013

Snow cheese cake lagi

Dua tiga ari lepas buat perisa pandan. Arini buat perisa vanila plak....rasa tak puas pulak makan aritu....bila dah tinggal sepotong berebut pulak anak2.

Jadi sambil buat roti inti kacang sambil adun kek. Kek masak doh roti pun dah naik........kek sejuk roti dah ble bakar....2 dlm satu dapat ptg ni....

Kek ni saya letak skit jer pewarna ungu...

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sb esen vanila

perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)

2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)

Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:

keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:

Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik, esen dan telur dalam mangkuk adunan. 

Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)

Perlahankan kelajuan dan masukkan air.

Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.


Kek ni betul2 laku.....kek span dia lembut gebu tahap gaban dan tak terlalu manis.....cheese topping dia tu pun tak manis sangat....lemak2 masin gitew... anak buah boleh habis kan 1/4 kek ni sekali hadap.....dasyat......

Tuesday, November 26, 2013

Ayam masak kicap berempah

Resepi ni saya ambil dari blog masam manis. Buat untuk makan tengahari anak2 kat rumah. Semalam masak ayam masak merah berempah. Walaupun pedaa tapi anak2 suka sampaikan tak sempat ayah ummi nak rasa....

Bahan2

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah 
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng - tak letak....saya ganti dengan tomato
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing 
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan

Bun manis inti kacang merah

Resepi ni di post di fb group kelab roti....
Saya buat inti kacang. Puan BM tolong ulikan...prosedur ikut yg ada dlm panduan BM tu...

Bahan bahan:

80 gm gula 

Saya guna 1 pkt yis

1 sk garam

60 gm mentega cair

500 gm tepung gandum   

290 gm (air + 1biji telur + 1 sb susu pekat)

Cara

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan garam.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis ( yis boleh bancuh dgn air daripada 290 gm tu dan sedikit gula untuk hidupkan - biarkan berbuih) dan digaul rata. 

Akhir sekali, masukkan mentega.  Uli sebati sehingga lembut, tak lekat ditangan dan elastik. nak guna kitchen mixer untuk menguli atau BM pun boleh jer. Tutp adunan dengan tuala basah dan biarkan  sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.

Kemudian buat la bentuk macam mana pun. Biarkan naik sekali ganda lagi dan bakar suhu ~ 180°c selama 20 - 25 minit..

Ayam masak merah berempah

Malam ni saya sediakan lauk ayam ni untuk lunch anak2 esok. Bahan2 sampingan tu semuanya saya tak letak dan bawang dll utk tumis tu saya terlupa nak blend, dah hiris2 terus saya tumis....pastu baru perasan tak ikut kehendak resepi....huhuhu....tapi tak menjejaskan rasapun....

resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

Sunday, November 24, 2013

Kuey teow kungfu

Sarapan pagi dengan kuey tiau kungfu...... kali ni saya gaulkan kuew tiau tu dengan kicap pekat....sebelum celup dengan telur tu.....jadinya warna kuey tiau tu jadi gelap skit...

Bahan2 (utk 1 org makan) :- 

Kuey teow 
1 biji telur
Sayur (kailan, karot, sawi, kobis, putik jagung dan bunga kobis) 
sedikit lada hitam (ditumbuk) 
Bawang besar (hiris atau cincang)
1 sudu sos tiram 
2 ulas bwg putih 
2 biji cili padi (ketuk dulu - kalau nak pedas tambah) 
3-4 ekor udang (blh gantikan sotong atau ayam)
1 sk tepung jagung ( bancuh dgn 2 sb air)
Garam secukup rasa

cara2 :- 

Pecah kan telur dan masukkan kuey teow ke dlm telur. Gaul2kan hingga sebati kemudian goreng kuew teow dgn telur menggunakan minyak yg banyak. (Pastikan minyak dah panas). Dah keperangan atau tepinya dah garing angkat, tos dan ketepikan. 

Tumis bwg putih smpai perang dan masukkan atau sotong atau ayam (kalau guna udang masukkan semasa masuk sayur. Tunggu sampai masak dan masukkan air sikit utk buat kuah. 

Masukkan sos tiram dan lada hitam. Perasakan dgn garam dan masukkan sayur. Utk pekatkan kuah masukkan tepung jagung. Bila dh pekat skit tuangkan kuah ke atas kuey teow yg telah di goreng tadi.

Snow cheese cake aka kek keju meleleh

Saya guna resepi strawberry & lemon snow cheese cake olahan K.Nor@SecubitGaram sebab tak mau membazir dua putih telur seperti  dalam kebanyakan resepi lain.

Sedap. Lembut n gebu jer kek dia lawan dengan lemak cheese tu....

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon

perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)

2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)

Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:

keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:

Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 

Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)

Perlahankan kelajuan dan masukkan air.

Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...