Sunday, June 9, 2013

Kuih cara berlauk

Petang saya buat kuih cara berlauk untuk minum petang menggunakan resepi yg di cnp dari blog mat gebu. Lembut tepung kuih tu....laju jer masuk ke perut bila di telan....mula2 buat satu bancuhan tapi tak cukup. Terpaksa la bancuh lagi...

BAHAN UNTUK INTI :-)

100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's) 1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)

75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :-

Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..

UNTUK ADUNAN KUIH CARA :-

Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.

UNTUK KUIH CARA BERLAUK :-

Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...

Saturday, June 8, 2013

Puding kastard fruit cocktail

Menu yg saya Cnp dari Izaloma.blogspot. Seronok tengok anak2 mkn. Hilang penat ummi memasak.

Bahan-Bahannya Untuk Puding:

1 Mangkuk tepung custard - saya guna mangkuk tafufa
1 mangkuk - air syrup fruit cockail
3 mangkuk air - gunakan mangkuk yang sama menyukat tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 tin jagung cream style

Untuk Kuah Kastad:
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
2 sudu makan tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kismis -kuning
1 tin buah-buahan fruits cocktail (Kalau suka boleh juga dicampurkan dengan laici atau longan)

Cara:
1. Mula2 buat puding, masukkan tepung kastad ke dalam periuk bersama, syrup fruit cocktail, air, gula dan jagung cream style..Kacau dengan api perlahan sehingga puding memekat dan mendidih..(blup..blup..blup gelembung angin kuar)
2. Bila dah masak elok masukkan puding kastad ke dalam acuan-acuan kecil atau loyang yang bersesuaian. sejukkan dahulu.
3. Sediakan pula kuah kastad, masukkan susu cair ke dalam periuk bersama 1 1/2 tin air, gula pasir, tepung kastad yang dibancuh dengan sedikit air dan kismis ke dalam periuk, masak di atas api kecil dan kacau selalu sehingga  kuah kastad mendidih dan masak. Padamkan api dan sejukkan kuah kastad.
4. Cara menghidang masukkan puding kastad ke dalam mangkuk puding, masukkan 2 atau 3 sudu atau secukupnya buah campuran fruit cocktail dan siramkan kuah kastad secukupnya di atas puding. Hidangkan sejuk.

Puding Pisang Berkuah kastard

Siap dah puding yang ku impilan sejak semalam. resepi saya cnp dari http://www.potretkasih.com. Idea asal dapat dari  fb buku resepi. Cuba la...senang sangat nak buat. Sejukkan dulu lagi ngences.....kismis takde, saya gantikan dengan apple merah dan oren yang dipotong kecil.

Resepi puding pisang berkastad
Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya
Untuk sos kastard
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula
Cara penyediaan
1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…

Friday, June 7, 2013

Telur bistik

Cnp dari tiffinbiru. Sedap n simple. Masak ni pun sebab tak puas hati dgn rasa dan kuantiti telur bistik yg dibeli di gerai semalam. Buat sendiri baru puas makan.....

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis) 1
camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu (tak letak pun)
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)

3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam (tak letak juga)
Garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan.
Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.

Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Puding Kasih Bertaut

Amik kat mana lupa la pulak....tapi apa2 pun tqvm pada yg bg resepi ni....tapi yg saya punya ni versi puding kasih berkecai.....huhuhu. Blum sempat keras dah kuarkan dari acuan, sudahnya...huhuhu.....pengajaran....sabo2 bior keras betul2....
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan (saya guna susu cair)
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)
Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.
Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu.
Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!).
Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa.
Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka.
Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar
10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir (saya tambah 50 gm lagi)
100 gm gula Melaka atau nise (saya tak letak)
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi.
Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Udang Masak Tempoyak Kacau


 
Ini masakan paling mudah dan menyengat. Saya memang suka menu nih almaklumlah orang perak...lidah tempoyak tu tak boleh nak nafikan la.
 
Bahan-bahan
 
Udang
Tempoyak secukupnya (kena banyak sebab masakan ni pekat macam sambal tempoyak tu)
cili api ikut kepedasan yang disukai
serai di titik/ketuk
kunyit hidup
garam dan gula secukup rasa (kalau tempoyak baru, tak perlu letak gula)
Sedikit air
 
------
Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga lumat. Masukkan ke dalam kuali bersama tempoyak, serai dan sedikit air. Masak menggunakan api sederhara. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna dan merekot (jangan lama sangat). Perisakan dengan garam dan gula.
 

Substitute for cake flour / Pengganti Tepung kek

Ingredients:

All-Purpose flour (just under one cup) / Tepung gandum
2 Tbsp. cornstarch / 2 sb Tepung jagung

Preparation:

1. Place two tablespoons of cornstarch in a one-cup measure./ Masukkan 2 sb tepung jagung ke dalam cawan penyukat
2. Fill the rest of the cup with all-purpose flour./ Penuhkan cawan dengan tepung gandum. Ayak tepung.
3. Use in place of the cake flour in any recipe. One cup of substitute is equal to one cup of cake flour.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...