ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, February 28, 2018
Bubur nasi bersama sambal lobak masin
Menu sarapan pagi ni. Dah lama tak buat bubur nasi yang dimakan dengan sambal lobak masin. Sedap sangat sambal ni....kena dengan selera saya. Selain menggunakan cili kering, boleh tukarkan dengan cili hijau dan cili padi hijau..ikut citarasa. Hasilnya sama memikat selera. Saya kehabisan stok cili hijau...jadi gunakan cili kering saja kali ni.
Untuk penyediaan bubur nasi yang mudah dan cepat boleh Klik resepi di link ini. Saya kongsikan cara2 menyediakan bubur nasi yang elok kembangnya dalam dalam lebih kurang 15 minit sahaja.
Sambal lobak masin
100 gm ikan bilis
200 gnm lobak masin (boleh beli yang dah siap cincang atau yang besar tu potong saiz kecil ikut citarasa)
2 senduk cili kering kisar
3 sb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan (air kisaran kering).
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan lobak masin. gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan memasak seketika sebelum tutup api.
Hidangkan bersama bubur nasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment