ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sunday, April 2, 2017
Gulai Pisang Muda
Antara lauk kegemaran yang nostalgik... Lauk2 kampung yang biasa menjadi juadah kami sekeluarga masa kat kampung.
Gulai pisang muda dengan ikan masin @ ZLC
Bahan2
2 sisir pisang lemak manis muda
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1 keping ikan masin - kalau ada bahagian2 tulang tu pun ok (Kurau/talang) - potong kecil
garam secukup rasa
2 sb serbuk kari ikan + ayam/daging
2 keping asam gelugur (optional kalau saya tak letak ikan masin - kalau guna ikan masin saya tak letak asam gelugur)
segengam ikan bilis kopek (optional kalau saya tak guna ikan masin, saya letak ikan bilis sebagai perencah)
Bahan2 ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis.
Cara2 menyediakannya
Pisang di potong hujung & pangkal, siat2 lapisan kulit hijaunya sahaja dan barulah dipotong serong. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang (jangan lama sangat, agak2 dalam 5-7 minit), toskan.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan pisang dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan masin, kacau sesekali. Biarkan merenih seketika. Rasakan garamnya. Tambahkan garam secukup rasa. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan lauk2 pilihan yang lain.
***** Kalau masak menggunakan ikan masin, seelok-eloknya ikan tersebut direndam seketika. Garam diletakkan kemudian, biasanya sebelum tutup api sebab rasa masin dari ikan akan turun ke kuah dan kadang2 kita perlu tambah sedikit saja garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment