Friday, March 31, 2017

Selera Kampung - ikan bakar cicah sambal kicap, jantung pisang rebus, sambal tomato, pucuk manis masak lemak

Menu simple lagi menyihatkan....yang tak sihatnya bila jamu menu camni makan tak hengat....nasi panas pulak tu... Dua kali menambah kabohidrat...jadi kurang sihat juga akhirnya kerana makan berlebihan....




Ikan Bakar 

Ikan jaket/cencaru

Cuci bersih. Gaul dengan garam dan kunyit. Lapik dengan daun kunyit dan balut dengan foil. Bakar sampai masak. Jangan kering sangat, tak sedap....


Sambal kicap

bahan2

kicap
jus limau nipis
cili api - hiris
bawang - hiris

campur semua dan siap.....

atau boleh hidangkan dengan air asam resepi dibawah...

Resepi air asam zulfaza

1 cawan perahan air asam jawa pekat
Perahan 2 biji limau nipis (jumlah limau bergantung pada saiz limau dan jumlah jusnya juga yer)
Garam dan gula putih/melaka/nise/apong secukup rasa
20 biji cili padi dihiris nipis
Seketul belacan sebesar ibu jari (bakar atas pan tanpa minyak - malas nak bakar guna terus pun boleh)
1 biji bawang holland/besar dicincang/hiris

Untuk lebih sedap (pilihan)
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 ikat daun kesum - hiris daunnya
2 biji tomato potong kiub - buang tengahnya
2 sb kerisik

Satukan semua bahan kacau sebati. Lenyek2kan sedikit cili supaya pedasnya keluar...



Masak lemak pucuk manis

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering/udang segar
2 ulas bawang merah dihiris
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair ke dalam periuk. Masukkan bahan2 lain. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih. Jangan terlalu lama, agak2 sayur layu tutup api.


Sambal tomato enak

* 4 biji cili masak (kalau nak tambah cili padi pun boleh)
* 1 inci belacan
* garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato - hiris kecil

Tumbuk *. Masukkan tomato dan lenyek2kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...