Monday, March 13, 2017

CUCUR UDANG RANGUP


Cucur udang menu pembukaan minggu ni. Semalam kebetulan balik dari kebun singgah di pasar jeti kg perpat ada jual udang laut kulit putih tu...beli la secukupnya untuk buat perencah masakan.

Senduk kat rumah ni takde yang leper skit....jadi cucur saya agak buncit jadinya.... Ok lah tu....nanti boleh la jadi antara menu minum petang kat gerai/restoran saya....(restoran yang wujudnya masih di alam mimpi....😄😄😄😄 Pencen nanti baru nak bukak.....hihihi)


CUCUR UDANG RANGUP
Zulfaza Loves Cooking

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur) ~ 2 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit
Udang sederhana secukupya
Minyak untuk menggoreng

Pilihan sayuran ikut citarasa

Taugeh
Kucai
Daun bawang
Lobak merah
Kobis
Hirisan cili
Bawang besar

CARA MEMASAK:

Campurkan yis bersama 1/2 cawan air suam dan sedikit gula untuk mengaktifkan yis. Biarkan sehingga ia berbuih.

Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.

Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar 1/2 - 1 jam sehingga bancuhan nampak berbuih.

Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur ke dalam senduk tadi.

Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

*Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

*Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.

*Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.


Sos cili homemade ZLC

5 biji cili merah (boleh tambah cili padi jika suka) - nak guna cili kering pun boleh
5 ulas bawang putih
1 cawan air
4 sb cuka/air asam jawa pekat
Gula dan garam secukup rasa
(Boleh tambah 1 sk tepung jagung jika suka)

Kisar semua bahan hingga hancur. Masak hingga sos pekat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...