Thursday, March 9, 2017

Pulut Kuning Untuk Ustaz


Pulut kuning untuk ustaz sempena khatam quran.... Menyampaikan hajat seseorang yang  teringn nak buat pulut kuning macam kat kampung dulu2 bila khatam. Sepatutnya nak buatkan ahad tapi ustaz batalkan kelas sebab balik kampung.

Jadi selasa baru ni lepas balik kerja gagahkan juga la buat pulut kuning ni. Sebab masanya suntuk takde la pulut berhias bagai...cuma letakkan telur dadar yang diletak pewarna makanan dan disusun cam bunga gitew.... Jadilah. Ustaz tengok siap tanya....boleh makan ke bunga tu....hehehhe. Risau dia...

Pulut kuning  ni saya hidangkan dengan kari ayam kerisik. Yumyumyum...


Pulut kuning untuk ustaz

1 kg beras pulut - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit selama 3 - 4 jam (kalau guna pulut susu rendam sejam jer)
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa)
Garam secukup rasa

Kukus beras pulut hingga masak. (Alas loyang dengan daun pisang atau pandan untuk mendapatkan pulut yang harum).

Tuangkan pulut yg dikukus ke dalam besen atau dulang. Arun pulut dengan santan pekat yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Tuang santan sedikit demi sedikit ke atas pulut sambil di kacau rata hingga pulut lembut dan berkilat). Kukus sebentar pulut yang siap di arun supaya tidak cepat basi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...