Tuesday, March 28, 2017

Nasi Goreng Bunga Kantan


Balik kampung baru ni, bunga kantan tengah banyak kat rumah MIL. Dah lama takde rezeki dapat stok bunga kantan sejak MIL bersihkan sebahagian besar rumpun pokok2 kantan tu. Kali ni balik punya la banyak...yang dah kembang pun kitorang ambil juga sebab kat sini punya la mahal dan kudup2 lagi dah kena jual.

Berbalik kepada menu pagi semalam, nasi goreng bunga kantan ni, memang harum semerbak, kalau ditambah ikan masin pun bukan baik sedap lagi, Cuma anak2 la yang payah sikit bila nampak macam penuh sayur2 halus kat nasi tu....


NASI GORENG BUNGA KANTAN

4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah ~ di hiris
5 ulas bawang putih ~ di hiris
15 ekor udang segar ~ di bersihkan buang kulit
3 ekor sotong ~ di bersihkan dan di potong bulat
1 batang bunga kantan ~ di mayang halus
5 tangkai cili padi ~ di titik atau di hiris (nak letak lebih pun boleh)
4 cawan nasi ~ di peroi
Karot dan bunga kobis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali

Tumiskan bawang merah dan  bawang putih hingga kekuningan
Kemudian barulah masukkan bunga kantan, dan cili padi.
Apabila naik wanginya, masukkan udang dan sotong, gaulkan seketika kemudian masukkan nasi,
Gaul rata dan goreng sebentar. Masukkan sayuran dan garam secukup rasa
Goreng hingga sayur masak, tutup api dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...