Friday, March 31, 2017

Nasi minyak untuk meraikan 2 pasangan raja sehari di Surau Ar Raihan



Kisah Lama.....Dua bulan lepas punya cerita. Malas nak mengarang dan upload fotonya menyebabkan post ni pending lama kat draft. Alhamdulillah diberi kesempatan meraikan dua pasangan raja sehari, Ustaz-ustaz yang mengajar di Tahfiz Mutqan, Surau Ar Raihan. Kariah surau sepakat raikan di Surau sebab ramai yang tak berkesempatan meraikan majlis mereka dikampung.

Acara memasak secara gotong-royong dibuat sejak dari pagi......pergi ke pasar, membersihkan ayam dan selepas Asar kerja-kerja memasak pun dimulakan. Menu ringkas sahaja, nasi minya yang dimasak oleh abg sadoku sayang, saya masak pajeri nenas dan ayam masak merah berempah ala ZLC. Meriah majlis yang dilakukan secara kecil-kecilan ni. 


Tq semua yang nmenyumbang RM, tenaga  dan makanan serta hadir meraikan majlis serba sederhana ini....




Rewang macam ni buka peluang untuk kariah berjumpa dan bersembang.....kalau dok sebelah pun tak sempat berjumpa dan bersembang bila hari kerja.....keluar awal pagi....matahari dah tenggelam baru balik...memang nak terserempak depan rumah pun jarang2.
Nasi minyak abang sado jj dah nak kering tu....
Abang sobri gigih membasuhperiuk belanga yang akan digunakan untuk memasak.....


Nasi minyak Abang Sado JJ

16 cawan beras basmathi ( saya guna pusa cream) - basuh, rendam 30 minit dengan air dan 3 sk garam. Toskan.
16 cawan air campur 5 cawan susu cair

Bahan tumis
5 kuntum bunga lawang
15 kuntum bunga cengkih
15 biji pelaga
5 batang kulit kayu manis
5 batang serai diketuk
5 helai daun pandan -  koyak dan simpul
3 biji bawang besar hiris halus
5 inci halia
1 labu bawang putih hiris halus
Hirisan 5 pokok daun sup dan 5 pokok daun bawang

Garam secukup rasa
2 ketul kecil gula batu 
1/2 cawan minyak masak
2 sb minyak sapi


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga keperangan. Masukkan air campur susu. Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga didih. Masukkan beras. Bila air dah mula mengering tuangkan pewarna di dalam lubang2 yang terbentuk pada nasi yg hampir mengering. Tabur daun sup dan bawang, tutup periuk rapat2 dan kecilkan api. Masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum.buka penutup dan karih nasi perlahan2 dari tepi supaya tak patah.


PAJERI NENAS @ ZLC

Bahan2nya

3 biji nenas (kalau saiz besar kurangkan) - kupas, potong bulat atau belah dua, celur dan toskan.
Segenggam udang kering ditumbuk lumat (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun) 
Segenggam kismis - optional
5 sb kerisik 
*3 inci halia
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
3 sb rempah kari daging
*5 biji buah pelaga
*5 kuntum bunga cengkih
*2 kuntum bunga lawang 
*1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah 
Air secukupnya
Garam dan gula melaka sesedap rasa
Minyak untuk menumis

---------

Kisar * hingga hancur. Tumis * hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah sibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan air dan kacau sebati. Masukkan nenas, kerisik dan udang kering. Masak hingga agak pekat,  perisakan dengan garam dan gula melaka (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.). 

Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. Gaul rata dan masakkan seketika.

****Nenas yg digunakan jangan terlalu masak.
Gula melaka tu boleh ganti dengan gula putih.
Kalau buat pajeri terung tak perlu celur dulu. Kalau nak buat pajeri rambutan atau kedondong pun sedap juga.....

Nampak merah menyala, tapi kepedasannya boleh diterima termasuk kanak-kanak
Ayam masak merah berempah

10 ekor ayam - gaul garam dan kunyit - goreng separa garing (jgn terlalu garing nanti keras)

20 biji bawang besar - hiiris
5 labu bawang putih - hiris
10 inci halia - hiris

5 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
30 kuntum bunga cengkih
30 biji buah pelaga

200 gm rempah  kari daging/ayam
1 kg sos tomato
200 gm cili kering - rebus dan kisar lumat

300 gm gula
Garam secukup rasa
2 kg tomato - kisar
10 batang serai - ketuk
Daun sup dan daun bawang

Minyak untuk menumis

Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu. Masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah. Tumis lagi selama 5 minit.

Masukkan sos dan tomato puri serta serai. Kacau sebati biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta tomato. Biarkan tomato layu. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Gaul rata dan masakkan selama 5 minit lagi.

Kek sedap ni tajaan Lina Cake House (019-6260285)
Nak buat tempahan boleh la hubungi Tecer Lina ni 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...