Saturday, March 25, 2017

Mee Kari Makcu


Mee kari menu makan tengahari dikampung. Selain mee dihidangkan juga asam pedas ikan parang yang tak sempat nak posing.

Ada biras bantu sediakan bahan2, kerja memasak jadi senang. Kalau tidak entah pukul berapa baru nak makan. Anak-anak dah kelaparan, sarapan pagi goreng pisang dan nuget tak dapat bertahan lama perut dah berbunyi semula.

Tengok anak2 dan yang lain2 makan dengan seleranya seronok....hilang penat dan sakit kaki berdiri lama membeli belah dan memasak. Lagi pun makan ramai2 dikampung memang semuanya jadi bertambah sedap. Walau pun takde daun pudina yang saya amat suka makan dengan mee kari, sambal cili, cili jeruk dan bawang goreng tak langsung mencacatkan rasa hidangan ni...


Mee Kari Makcu

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball da fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.


---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...