Tuesday, March 28, 2017

Masak lemak pucuk manis bersama keledek


Pucuk manis, hasil tanaman kat rumah MIL. Sebelum balik sempat memetik pucuk manis ni, ambil sikit jer, cukup untuk sekali masak. Kat umah MIL pokoknya banyak...takde la pulak kena attack dengan siput khinzir macam kat umah saya nih. Elok jer membesar bagai johan, sampai tak termakan. Pucuk manis ni agak berangin, kalau orang tak tahan boleh kembung perut memakannya. Saya dulu tak suka makan sayur pucuk manis ni sebab dia ada bau yang kurang menyenangkan....tapi dah tua2 ni, selera pun dah berubah...yang dulu tak suka sekarang dah boleh terima. Anak2 pun boleh makan....kira ok sangat la tu.

Selain masak lemak, buat tumis air atau tumis kering pun sedap juga. Sayur ni saya hidangkan bersama ikan goreng bersambal dalam post terdahulu. Sedap jer anak2 makan....tambahan pulak kawan2 (anak jiran) datang bermain....jadi ajak makan sekali dalam dulang....laju je makan ramai2.



Masak lemak pucuk manis bersama keledek

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering/udang segar
2 ulas bawang merah dihiris
2 biji keledek ( ikut saiz - lalau besar guna sebiji jer)
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama keledek. Masak hingga keledek empuk. Masukkan bahan2 lain. Masak hingga sayur layu. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Jangan terlalu lama, agak2 layu jer tutup api.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...