Thursday, March 16, 2017

Cekodok Pisang


Menu sampingan untuk sarapan pagi. Cucur pisang menggunakan pisang nangka. Stok tengah banyak....aritu ambil dua tandan kat kebun sebab pokoknya rosak. Disebabkan tak cukup tua, kononnya nak dijadikan kerepek jer tapi tak dan2 nak buat akhirnya pisang ni masak layu juga. Jadi Saya kisar dan buatkan cucur kembung buat bekal dan sarapan pagi.


Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang
Sedikit air
3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung dan baking soda sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...