Thursday, March 9, 2017

Kari Ayam Kerisik


Kari ayam kerisik pelengkap pulut kuning untuk ustaz. Rasanya seakan2 rendang cuma takde pelengkap serai, daun kunyit dan lengkuas serta daun limau purut.

Selain makan dengan pulut kuning, makan dengan nasi panas pun sedap juga lauk ni. Kalau taknak makan nasi, boleh makan dengan roti juga.


Kari ayam kerisik

Bahan2nya

1 ekor ayam, potong 16 (@ ikut citarasa)
3 biji kentang potong 4
3 tangkai daun kari
2 sb rempah/pes kari

Hiris/tumbuk

3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Rempah tumis

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

3 cawan santan
6 sb kerisik
5 sb air asam jawa

Garam dan.gula perang secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


1. Panaskan minyak di dalam periuk @ kuali. Masukkan ayam dan kentang.

2. Goreng hingga air ayam kering dan ayam dan kentang sedikit keperangan.

3. Masukkan rempah tumis, daun kari dan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.

4. Masukkan rempah/pes kari. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan air asam. Kacau rata dan biarkan seketika.

6. Masukkan santan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika ingin lebih kuah.

7. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8. Sedia dimakan dengan hidangan pilihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...