Thursday, March 9, 2017

Macaroni and Cheese


Atas permintaan anak2.....sarapan mac n cheese la pulak. Alhamdulillah semua bahan ada dalam simpanan jadi bila malam tadi anak2 minta cepat jer ummi iyerkan. Ummi tak sempat bakar lama.....baru jer 2 minit masuk oven anak2 dah turun nak pegi sekolah.....dengar dah suara ayah bagi q nak gerak dah. Kelam kabut keluarkan dari oven dan hidangkan...cheese pun tak sempat cair elok lagi.....tapi masih tak jejaskan rasa.

Bila tengok diorang makan memang bersungguh dan bertambah2. 4-4 mintak nak bawak bekal. Siap yang pesan nanti balik sekolah nak makan lagi. 😍😍😍😍. Ummi hapi.....anak2 ummi suker.......ummi suker...anak2 hepi.


Macaroni and Cheese

500 gm macaroni - rebus lembut ikut arahan di pembungkus dan toskan
250 gm cream cheese
400 gm cheddar cheese - parut
100 gm parmesan cheese
3 cawan susu segar
3 sb mentega
1 sb tepung gandum
Garam dan lada hitam secukup rasa
Breadcrumb - optonal

Panaskan mentega. Masukkan tepung dan masak hingga berbuih. Masukkan susu sedikit2 sambil kacau rata. Masak hingga sedikit pekat. Masukkan cream cheese. Kacau rata dan masak hingga cheese cair sepenuhnya. Masukkan parmesan. Kacau sebati. Masukkan garam dan lada hitam ( garam jangan terlalu banyak sebab cheddar agak masin).

Masukkan macaroni. Gaul rata. Tutup api dan masukkan cheddar. Gaul rata. Masukkan ke dalam baking tray. Tabur breadcrumb dan cheddar. Bakar pada suhu 200 celcius selama 20 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...