Wednesday, October 21, 2015

Cucur jawa aka topi mexico aka penyaram lembut


Lama juga tak mengulang siaran kuih ni. Bukan la sebab susah sangat nak buat, cuma kuih ni tak boleh plan laat2 minit....sbbnya dsh siap adun kena perap dulu sebelum digoreng. Kebiasaannya saya bancuh malam untuk dijadikan sarapan. Yang kali ni saya bancuh pukul 2 petang....kul 7 pagi baru goreng....tu pun sempat gòreng 6 ketul ajer. Yg selebihnya balik ofis baru sambung.
Bercerita pasal buat kuih ni, sebenarnya tak susah....cuma teknik masa menggoreng kena betul...kalu silap nanti topinya tak timbul.

Kuih cucur jawa atau topi mexico

2 cawan tepung beras (saya guna cap tiga gajah)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang (boleh juga guna 1 cawan gula putih dan satu cawan gula merah)
2 cawan air
Minyak utk menggoreng


Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis. (ble blend utk dapatkan adunan yg halus tanpa perlu tapis).
Perap 4 jam atau semalaman. Panaskan 1 1/2 cawan minyak. Ambil sesenduk adunan dan tuang ditengah2 kuali. Biarkan hingga tepi2nya nampak keperangan. Sambil2 tu boleh siram2kan minyak diatas kuih yg sedang digoreng. Terbalikkan dan goreng seketika lebih kurang 1 minit. Angkat dan toskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...