Wednesday, October 21, 2015

Asam pedas abg sado JJ


Ni la menu kitorg ari sabtu lepas.....asam pedas masakan hubby dan sayur tumis masakan saya....lauk2 tambahan tu termasuklah sambal udang baki sarapan pagi  dan rendang ganja buah tangan Kak Ash Wardah.....


Asam pedas abg sado JJ

4 sb (cili kering yg dah dikisar)
* 6 ulas Bawang Putih
*2 biji bwang besar
*1 inci Halia
*1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawano
Gula dan Garam sekukup rasa

----
Kisar *. Tumis cili hingga pecah minyak.  Masukkan bahan yang kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak).

Masukkan air asam dan air.

Masukkan ikan dan bunga kantan, bendi.

Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.

Masukkan tomato dan daun kesum  biarkan lebih kurang 2 minit. Tutup api.....siap untuk dimakan.

Sayur kacang tumis ni sebenarnya resepi yang biasa2 jer.....tapi nak jugak tulis kat sini....kikiki.

Sayur tumis kacang panjang

10 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang chinese leek - potong 2 inci dan belah 4
1 biji cili benggala - potong kecil (kalau ada yang warna kuning dan merah lagi cantik - guna separuh merah dan separuh kuning)

1 bahagian dada ayam - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - ketuk
4 biji cili padi - ketuk (optional)
1 inci halia - hiris macam mancis
3 sb sos tiram
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga airnya kering. Masukkan bawang2, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan sos tiram dan kacau rata. 
Kemudian masukan kacang dan cili benggala. Tumiskan selama 3 minit. Perisakan dengan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan chinese leek. Kacau rata selama 1 minit dan tutup api. Pindahkan sayur ke mangkuk hidangan bagi mengelakkan sayur berubah kuning.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...