Sunday, October 18, 2015

ZLC Milky Butterscotch Spread

Hujung minggu lepas jadual agak padat dengan bermacam acara..... Tak kesempatan untuk update blog dan page. Resepi tak sempat nak taip dan gambar2 tak sempat di edit. Ada beberapa masakan yang disediakan hujung minggu lalu baru nak diproses utk posting di blog ini dan page Zulfaza Loves Cooking.... Busynya mengalahkan menteri pulak ai rasa....hihihi.

Isnin malam saya sempat sediakan roti dan spread ni untuk sarapan pagi anak2. Yg bersekolah dan sepatutnya menghadapi peperiksaan akhir tahun dicutikan oleh kerajaan kerana peningkatan indeks pencemaran udara akibat jerebu. 

Bercerita pasal jerebu ni saya rasa ini yang paling teruk...tempohnya dan kesannya yg melibatkan banyak pihak... Apa-apa pun diharap kita semua dilindungi Allah dari musibah yg lebih hebat.... Minum banyak air dan kurangkan aktiviti luar bangunan.....jaga kesihatan supaya boleh memasak dan memasak.....:-)

Ok la membebel panjang pulak. Jom la kita semak resepi dwi bahasa ni.... sos ni selalunya saya buat utk dimakan dengan roti sarang lebah...tapi kalini rotinya tak sempat nak bersarang.....


ZLC Milky Butterscotch Spread

250 gm white chocolate / 250 gm coklat putih
250 ml dairy whipping cream / 250 ml krim putar
1/4 cup honey / 1/4 cawan madu
2 cups brown sugar / 2 cawan gula perang
1/4 cup butter / 1/4 cawan mentega
1 tbs vanilla essence / 1 sb esen vanilla

Methods/Cara2nya

Place the cream, sugar, butter and vanilla essence in a medium heavy-based saucepan, stir over medium heat for 5 minutes or until well combined. Add in white chocolate and stir until the choolate is completely melted. 
Satukan krim, gula, mentega dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau di atas dapur dan masak menggunakan api sederhana selama 5 minit atau sehingga sebati. Tambahksn coklat putih dan masak hingga coklat cair sepenuhnya.

Increase heat to high and bring to the boil. Reduce heat to low and simmer, uncovered, stirring often, for 5 minutes or until the sauce thickens. Remove the pan from the heat. Set aside for 2 hours or until cooled to room temperature. Add honey to the mixture and stir until well combine. Serve at room temperature or keep it in airtight container.
Besarkan sedikit api dan didihkan adunan. Kecilkan semula api dan renih sambil dikacau selama 5 minit lagi atau sehingga sos menjadi lebih likat. Tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk selama 2 jam, tambahkan madu dan kacau sebati. Hidangkan pada suhu bilik bersama roti, aiskrim, kek, brownies atau biskut tawar. Simpan selebihnya di dalam bekas kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...