Tuesday, October 20, 2015

Nasi lemak pandan sambal udang untuk kak ash

Hidangan sarapan pagi untuk tetamu istimewa kami weekend lepas.....orang terengganu....geng memasak hubby kata... 

Nasi lemak pandan ni saya buat versi xpress...tak macam selalu sebab kesuntukan masa.....nak ke hospital menziarahi sahabat yg anaknya kemalangan....
Saya kongsikan semula resepi asalnya....cuma yg dibuat kali ni saya cuma masakkan nasi dengan air pandan + santan jer...


Nasi lemak pandan special

bahan2nya

5 pot beras basmati (nak guna beras biasa pun boleh jer) - basuh dan rendam 30 minit
6 1/2 pot air pandan + santan (kisar daun pandan + kelapa parut)
1/2 sk biji halba
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
(Optional)
Setelah air nasi kering, renjiskan dengan 3 sb air yg dibancuh dengan 1/3 sk pes pandan. Dan biarkan nasi masak sepenuhnya.


Bahan tumis

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sb mentega
3 sb minyak masak

Hiris bawang dan halia. Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. (Setelah nasi masak, biarkan selams 5 minit sebelum di masukkan bahan tumis dan di kareh.) Tuangkan ke dalam periuk nasi setelah nasi masak. Kareh rata.



Resepi sambal udang enak banget


1/2 kg cawan udang - basuh dan toskan
4 biji bawang besar

5 ulas bawang putih
30 biji cili kering dipotong dan direndam hingga lembut semalaman (boleh juga rebus atas rendam dengan air panas mendidih)
1 batang serai diketuk
1 biji bawang holland - potong bulat
garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
minyak untuk menumis


Kisar bawang2 dan cili hingga lumat. Masakkan bahan kisar hingga airnya hampir kering menggunakan api perlahan. Masukkan minyak.  Tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Masukkan gula secukup rasa (bagi mendapatkan sambal yg merah cantik).

Tumis seketika.

Masukkan serai dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan 5 minit. Kemudian masukkan pula udang (dan petai jika suka). Masak hingga udang.masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api.

Hidangan sampingan atau pelengkap....timun atau kangkung celur dan telur rebus atau telur dadar....kalau rancang nak masak nasi lemak, telur boleh direbus malamnya....jadi pagi dah sejuk untuk dikupas.....cili kering pun boleh direndam siap2....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...