Tuesday, October 27, 2015

Lamb Chop ala zulfaza

Sesekali teringin melayan tekak omputih nih....Tengah2 hari layan lamb chop. Nanti malam baru hidangkan nasi. Selalunya saya akan simpan stok bbq marinate 2 in 1. Boleh guna untuk perap dan sos....tak payah banyak2 kerja nak masak dua tiga....


Sos bbq zulfaza

3 kg smoke bbq sauce (selalu guna brand knor)
2 kg sos tomato
3 kg sos cili
3 kg sos tiram
4 kg madu
 250 gm serbuk cili (ble ejas ikut pedas)
1 1/2 cawan serbuk lada hitam (ni pun ble ejas ikut pedas)
60 gm thyme
60 gm basil
60 gm parsley
60 gm rosemary
30 helai daun bay
garam secukup rasa
15 labu bawang putih diketuk dengan kulit2 sekali
Kalini tambah 100 gm chili flake
4 cawan air

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak berkerak. Sos boleh tahan lama. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh guna untuk celup daging beger juga....menjadikan hidangan.beger yg istimewa.

(Kalau nak perap terus dengan ayam atau kambing tanpa masak pun boleh....tapi selepas sumua daging/ayam dibakar baki sosnya di masak diatas api hingga mendidih dan pekat sebelum dimakan - jangan buang)

Gaul sos dengan lamb dan perap selama 4 jam atau semalaman. Balut kambing dengan foil dan bakar di dalam oven selama sejam pada suhu 200 celcius. Buka foil dan bakar lagi selama 15 minit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...