Wednesday, October 7, 2015

Roti kopi kismis

Roti kopi kismis adaptasi dari roti coklat Sis Jannah kelab roti.....sedap....buat separuh adunan sbb uli guna bm yg kapasitinya cuma 500gm tepung. Coklat emulco takde ganti dengan kopi emulco.

Belum sempat sejuk dah potong....bekal anak ke sekolah. Tak sempat simpan lama roti ni...kebetulan ada tetamu...

Roti kopi kismis

500 gm tepung gandum
5 gm improver
15 gm susu tepung
80 gm gula
8 gm garam
60 gm mentega
6 gm yis
100 gm kiub ais
200 gm air
1 sb emulco kopi
30 gm kismis (saya tak timbang....main tuang jer)
20 gm cok cip (saya tak timbang....main tuang jer)

Kalau guna BM, ikut turutan dalam manual dan pilih mode doh. Masuk semua bajan kecuali kismis dan choc chip. Stop bila habis uli. Keluarkan doh, masukkan choc chip dan kismis dan uli sebati. 
Adunan agak lembik. Minyakkan tangan dan bahagi doh ikut saiz loyang loaf. Saya bahagi dua. Bulatkan dan masukkan dlm loyang yang dah sapu minyak/mentega sikit. Kemudian perap sampai naik 3/4 loyang dan bakar pada suhu 180 celcius selama 25 - 30 minit.

****Kalau guna mixer...masukkan adunan kering dan kacau rata. Kemudian masukkan adunan basah. Uli selama 20 minit. Dah dekat2 20 minit tu baru masukkan kismis dan cok chip supaya tak hancur.

******guna tangan...satukan bahan kering kecuali kismis dan choc chip dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan basah. Uli hingga doh licin dan elastik. Kemudian tambah choc chip dan kismis...uli sebati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...