Thursday, October 15, 2015

Mee goreng bukan mamak VS pasta goreng bukan western....mana satu pilihan hati


Menu semalam.....cuti maal hijrah. Pagi goreng pasta, mlm goreng mee. Tengahari hubby masak asam pedas dengan sayur kailan ikan masin sebab wife sakit kepala....meriah dapur satu hari...nasib la sakit kepala, kalau tidak macam2 lagi nak dimasaknya....hehehe.


Pasta goreng ZLC

1 paket pasta (500gm) - rebus empuk dengan air dan sedikit garam - tos dan bilas sedikit. 

1 biji bawang besar dicincang halus
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 paket cendawan butang segar dihiris
1 biji capsikum dipotong kecil
1 batang karot dihiris nipis (ble guna peeler)
1 paket mix vegetable
1/4 biji bunga kobis dipotong kecil
Udang
Bebola ayam
3 sb cili kering kisar
6 sb kicap
5 sb sos tiram
5 sb sos cili
Garam jika perlu (biasanya saya tak letak garam atau gula sbb pasta dah direbus dengan garam dan sos serta kicap tu dah ada rasa masin dan manisnya)
Minyak untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos2 dan kicap. Kacau rata. Biarkan seketika. Masukkan udang dan bebola ayam. Kacau rata. Masukkan sayuran kecuali cendawan. Masakkan hingga udang masak. Masukkan pasta dan cendawan. Kacau sebati. Masakkan sekitar 5 minit dan tutup api. 


Mee goreng ZLC

4 paket mee kuning
*20 ulas bawang merah
*10 ulas bawang putih
*15 biji cili kering rebus lembut
8 sb sos tiram
8 sb sos cili
8 sb sos tomato
2 sb cuka masakan (jika suka)
10 sb kicap
Garam secukup rasa

Sawi/karot/kobis/taugeh - sayuran pilihan ikut citarasa

Perencah pilihan
Udang
Sotong
Hirisan daging/ayam
Fish cake/ball
Tauhu - goreng dan potong kecil
Telur - goreng hancur

Kisar hingga hancur *. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap. Tumis lagi hingga sebati. Kalau guna ayam atau daging boleh masukkan dulu dan masakkan hingga empuk. Kalau perencah yang lain2 tu masukkan, kacau sebati dan masukkan mee. Kacau mee hingga sebati dengan sambal lebih kurang 5 minit. Rasa mee, cukup masinnya. Kalau belum tambah garam secukup rasa. Masukkan sayuran kecuali taugeh. Masak hingga sayur layu. Kalau taugeh masukkan, gaul rata dan terus tutup api) Pindahkan mee ke dlm mangkuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...