Saturday, October 3, 2015

Ber BBQ sambil menghadam ilmu...

Program 2 in 1 di surau berhampiran malam ni. Sambil menghadiri kuliah berlitab bulanan bersama ustaz syed TV alhijrah sambil ber BBQ sempena hari raya aidul adha.... Perut kenyang dada pun kenyang....

Masing2 teruja nak bakar2....anak2 apatah lagi sebab tarikan utamanya sosej ada dihidangkan.... Kalau kat rumah dua tiga bulan sekali baru dapat makan sosej...itu pun kena makan dengan roti. Tapi hari ni sosej dimakan begitu saja....ermm...selera anak2.



Sos bbq zulfaza

3 kg smoke bbq sauce (selalu guna brand knor)
2 kg sos tomato
3 kg sos cili
3 kg sos tiram
4 kg madu
 250 gm serbuk cili (ble ejas ikut pedas)
1 1/2 cawan serbuk lada hitam (ni pun ble ejas ikut pedas)
60 gm thyme
60 gm basil
60 gm parsley
60 gm rosemary
30 helai daun bay
garam secukup rasa
15 labu bawang putih diketuk dengan kulit2 sekali
Kalini tambah 100 gm chili flake
4 cawan air

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak berkerak. Sos boleh tahan lama. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh guna untuk celup daging beger juga....menjadikan hidangan.beger yg istimewa.

(Kalau nak perap terus dengan ayam atau kambing tanpa masak pun boleh....tapi selepas sumua daging/ayam dibakar baki sosnya di masak diatas api hingga mendidih dan pekat sebelum dimakan - jangan buang)


Sekitar majlis yg sempat dirakamkan lensa kameraku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...