Saturday, October 10, 2015

Kerabu mangga muda

Menu tengahari semalam tapi semalam malas nak menaip. Tu yg harini baru nak update dalam blog ni. Malas nak celoteh panjang, jom semak resepi.

Kerabu mangga ZLC

+1 biji mangga muda - hiris kecil macam mancis - jgn parut, kalu parut tak rangup kerabunya nanti
+4 sb sos nampla (sos ikan thai)
+1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
+1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
*2 batang serai - hiris nipis
*Garam dan gula secukup rasa

1 gengam kacang tanah goreng - tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis halus - goreng (boleh ganti dengan udang kering atau sotong kering nipis yg bergula tu)

Satukan * dan gaul rata. Sesuaikan rasa. Tambah kacang tanah dan gaul rata. Hidangkan di dalam pinggan dan tabur dengan ikan bilis goreng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...