Saturday, October 10, 2015

Homemade pizza

Malam tadi sesi memasak pizza ngan anak2. Hubby outstation jadi boleh la kitorang layan selera western. Anak2 excited nak buat pizza sendiri jadi ummi sediakan doh dan bahan2 dan diorang bentukkan dan letak topping ikut citarasa. Habis diorg makan pizza buatan sendiri......hapi ummi tengok.....nanti kita buat lagi yer...kasi ayah rasa pulak...airtangan anak2 ummi.

Homemade Pizza

Untuk doh (saya guna doh asas roti)

500 gm tepung gandum
40 gm gula
5 gm garam
5 gm improver
30 gm susu tepung
70 gm mentega
8 gm yis
250 gm air + kiub ais

Satukan semua bahan. Gaul sebati dan uli sehingga doh licin dan elastik. Jika guna BM, ikut turutan manual untuk doh asas. Perap sejam.

Sementara itu sediakan topping 

Topping

Parutan keju mozarella dan cheddar
Hirisan cendawan butang
Hirisan cili benggala
Hirisan bawang besar
Hirisan sosej
Hirisan filamen ketam
Hirisan tomato
Hirisan nenas
Hirisan jeruk zaitun
Sos prego atau boleh sediakan sendiri

Setelah itu bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan saiz yg diingini. Ambil satu bahagian, canai bulat atau ikut kreativiti.  Sapukan dengan sos prego atau sos tomato homemade. 

Tabur topping ikut citarasa. Taburkan keju.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit  atau hingga roti perang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...