Friday, October 9, 2015

KEK SEMPADAN KASIH

Kek sempadan kasih...adik beradik kek alunan kasih yg pernah saya buat lama dulu resepinya dilink ini..
Bezanya kek alunan kasih tu tak guna ovellete dan guna susu cair.

Bagi saya kedua2 kek ini saya suka...saya suka. Tambahan jika kita menggunakan mentega tulen...baunya sungguh mengancam diet...huhuhu.....takpe lepas habis kek ni sambung diet balik...ok...

Sumber resepi ni daripada sis fatimah...saya tak pasti dapat dari group mana...sebab saya download dan simpan resepi dalam bentuk imej sebab tertarik dengan coraknya. Tq sis....saya share pulak kat sini yer.


Kek sempadan kasih

250 gm mentega
1 cawan gula
1 sk ovellete
5 biji telur gred C
3 sb susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb esen vanilla
Pewarna pilihan
Serbuk koko secukupnya

Panaskan oven pada suhu 170 celsius.
Pukul mentega, gula dan ovellete hingga gebu dan ringan.
Masukkan telur sebiji2 dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Tambahkan esen dan susu. Pukul rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder. Kaup balik hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna pilihan dan gaul rata. 
Sudukan sebahagian adunan berwarna ke dalam loyang yg digris mentega atau dialas baking paper. Tabur/ayakkan serbuk koko rata2 menutupi permukaan adunan. Sudukan lagi adunan. Ulang proses hingga selesai. 

Bakar pada selama 45 minit atau sehingga kek masak. Cucuk tengah kek dengan lidi atau cake tester untuk menguji samada kek telah masak atau belum. Jika lidi keluarnya bersih maknanya kek dah cukup masak....sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...