Sunday, October 4, 2015

Creamy chicken meatball pasta


Sarapan pepagi ahad....Jenuh juga dok memikir nak masak apa.... Motivasi kurang la pulok harini....rasa nak bermalas-malasan jer..... Ni sume salah jerebu....hahaha...

Nak buat cucur kucai malesss.....nak buat kuih talam malesss....akhirnya pilih buat pasta....yg lemak berkrim disukai ramai...

Creamy chicken meatball pasta (pasta bebola ayam berkrim)

250 gm pasta (sebarang jenis kesukaan) - rebus dengan air yg sekadar tenggelam pasta hingga airnya kering dan pasta lembut. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan)
15 biji bebola ayam
6 ulas bawang putih - tumbuk kasar
6 biji cendawan butang - hiris nipis
1 biji cili benggala saiz kecil - potong sederhana
1/4 cawan minyak zaiton
1 kotak thickened cream (250 ml)
Garam secukup rasa

Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bebola ayam dan tumis seketika. Kemudian masukkan cendawan dan cili. Kacau rata dan biarkan seminit. Masukkan cream kacau sebati. Akhir sekali masukkan pasta dan perisakan dengan garam secukup rasa.


Saya guna cream ni.....tapi kat pasaran tu ada macam2 jenama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...