Kek minyak dengan apam susu sebenarnya adik beradik.....beza bahannya cuma dlm kek minyak letak minyak dan baking powder manakala dalam apam susu takde minyak dan baking powder.....
Dan kek minyak ni resepi lama yang saya pernah post kat blog ni tahun 2011 cuma baru kebelakangan ni dia femes dan jadi viral kat group2 masakan....
Setelah bertahun tak buat kek ni, hari ni saya buat utk jamuan akhir tahun sekolah tadika anak. Kalau ikut tekak saya, saya lebih suka kek minyak berbanding apam susu....kek minyak lebih gebu, lembut dan ringan terutamanya versi kukus berbanding apam susu....tapi apa2 pun citarasa manusia berbeza....
Resepi Kek minyak
Bahan2nya
2 cwn tpg gandum ayak bersama 1 sk baking powder
5 biji telur
3/4 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 sudu besar ovellete
1 sb esen vanila dan
perisa (jika suka dan abaikan esen vanilla jika menggunakan perisa lain) dan pewarna yang digemari
-----
pukul telur + gula + ovellete + esen sampai gebu. + susu, pukul lagi, + minyak, pukul sampai sebati.
masukkan tepung dan gaul sebati.
Bahagi adunan ikut pewarna pilihan dan tuangkan ke dalam loyang mengikut kreativiti masing2.
Bakar 170c selama 45 min atau masak la.....atau kukus selama lebih kurang sejam.
dah sejuk baru potong dan makan maaaaaaaaaa....
No comments:
Post a Comment