Friday, January 18, 2013

Pasta vegeroni spiral goreng

250 gm pasta vegeroni spiral
Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
Masukkan pasta dan rebus hingga lembut( jgn sampai lembik.)
Toskan dan basuh sedikit utk menghilangkan kanjinya dan supaya tak melekat. Ketepikan.

.......
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
1 sb lada hitam ditumbuk halus.
1 batang karot dipotong dadu
1/4 cwn jagung beku
2 biji tomato dicincang
1 sk pasley
4 helai daun salam
1 sk basil
2 sb sos cili
2 sb kicap (optional)
Garam dan gula secukup rasa.
------
Panaskan 2 sb mentega. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging dan tumis hingga separuh masak.
Masukkan bahan2 lain dan masak sehingga agak kering kecuali kicap dan sos.
Masukkan pasta dan gaul rata.
Masukkan sos dan kicap dan kacau rata.
Hidangkan dan hiasla dgn daun sup ke, bawang goreng ke, cili hiris ke...ikut suka la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...