Thursday, January 24, 2013

Almond Coffee Cupcake

Resepi ni simple jer tapi sedap dgn rasa kopi sebenar....macam iklan plak...resepi ni saya cnp dari blog i love cake....rasa beriya2 nak mengekek sebab jumpa papercup  yg comel kat kedai 2ply......kebetulan plak surau kat sini buat sambutan maulidur rasul....alasan makin kukuh utk mengekek....kengkawan cuba la resepi ni....pasti tak mengecewakan.....

Bahan:
200g mentega
230g tepung gandum*
2 st serbuk penaik*
180g gula kastor (saya guna 150g jer)
30ml bancuhan nescafe (1 st nescafe dibancuh dgn 30ml air panas)
1 st coffee emulco
4 biji telur gred A

Almond flake secukupnya

Cara:
1.Panaskan ketuhar 160'C.
Siapkan loyang muffin dan lapik dg papercup. Ayakkan bahan bertanda*.
2.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.
3.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul rata.
4.Kemudian masukkan tepung sedikit2 sambil diikuti dengan bancuhan nescafe.Gaul rata. 5.Akhir sekali masukkan coffee emulco dan gaul sebati.
6. Tuang dlm papercup dan taburkan almond flake. 7.Bakar cupcake selama 25 minit pada suhu 160'C.

Sebelum mengekek tu sempat gak buat kasui 4 adunan.....guna resepi yg dibuat sebelum ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...