Monday, January 7, 2013

Moist Sour Cream/yogurt Chocolate Cake

Resepi ni saya cnp dari Roz@HomeKreation
Sumber asal AllRecipes. Kek ni memang sedap, gebu dan lembab walaupun di bakar. Saya buat sedikit penambahan dengan mencampurkan nescefe supaya aroma dan rasa coklatnya lebih menyerlah. Terima kasih di atas resepi yg best ni.....













Moist Sour Cream/yogurt Chocolate Cake

BAHAN2: Saiz: 9" bulat
1 cwn Serbuk Koko ( saya + 1 sb nescefe atau apa2 jenama instant coffee)
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula ~ (saya guna 2 1/4 cwn)
4 bj Telur
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek*  (saya guna tepung gandum)
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn / 8 oz Sour Cream (saya guna plain yogurt)
CARA2:
1. Campurkan koko + nescefe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu. Masukkan esen vanila & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan. Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. - Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.
TIPS DR ALONGROZ:
1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.  
Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin.
Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.    
Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu.
Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.    
Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...