Monday, January 14, 2013

Kuih kasui

Kuih ni mudah dan sedap di makan.

Resepinya dapat dari Fb group buku resepi

Bahan2nya

1 cwn tepung ubi
2 cwn tepung gandum
1100 ml air
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 sb air kapur
2 helai daun pandan disimpul
Saya tambah 2 sb kicap pekat

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara2nya

Masak gula dengan air dan daun pandan  hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan. Masukkan kicap pekat.
Tuang ke dalan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau bagi mengelakkan berketul. Kalau berketul, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak masak dan kukus 20 hingga 30 minit.
Sejukkan, barulah dipotong dan digaul dengan kelapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...