Tuesday, January 15, 2013

Bihun Sup Utara

Resepi ni saya cnp dari blog mamawandiha. Saya edit mana2 dan tambah ikut citarasa....saya guna tulang sepenuhnya....perut takde stok...

Bahan2 utk sup

Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih
5 helai daun salam

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
4 biji buah keras
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk lada hitam secukupnya

Cara2nya
1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.

2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.

3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .

4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

*****Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun

1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.

2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.

3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.

4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi) Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap) Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri ) Daun sup dan daun bawang di mayang Sambal

Cili RESEPI SAMBAL CILI

½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat) 50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi) perasakan dgn garam dan sedikit minyak utk menumis.

Cara2

1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...