Tuesday, January 1, 2013

Neapolitan muffin

Menggunakan resepi muffin vanilla choc cip. Resepi ringkas dan sedap. Resepi pilihan anak2 yg di cnp dari sariyusa.blogspot...
Bahan-bahan:
375 gm tepung gandum*
2 sk serbuk penaik* (ayak bersama bahan bertanda*)
250 gm mentega
200 gm gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur
210 ml bancuhan air dan susu pekat manis (sederhana manisnya) - saya guna 200 ml susu segar + 1 sb susu pekat manis
1 sk strawberry emulco
1 sk coklat emulco - saya guna 1 sb serbuk coklat
1 sk kordial oren sunquick
2 titik pewarna merah atau pink
60 gm coklat cip
Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.
2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.
4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.
5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak. 8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...