Monday, January 21, 2013

Bakso

Pagi ni sempat buat bakso utk breakfast anak2. Org indonesia katanya makan dengan suun tapi tgk blogger kat sini makan ngan mee atau mehun.....bergedil dah buat siap2 weekend aritu....

Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) (saya guna suun)
Taugeh 
Kobis dihiris halus-tak letak  
(tak letak sayur pun...cuma letak daun sup n daun bawang jer)

*UNTUK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sudu besar telur (1/2 biji) (lupa nak letak telur)
1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung sedikit serbuk lada sulah n garam

*UNTUK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sudu kecil lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah 
sedikit serbuk lada hitam
Air rebusan bebola daging garam  
daun sup/daun bawang di hiris
bawang goreng
Rempah tumis 4 sekawan
2 biji tauhu di potong

*Utk sambal kicap:

blend cili padi + kicap pekat chap kipas udang + bawang putih. 
Blend ataupun tumbuk pastu buh jus limau kasturi sikit.

Cara-cara UNTUK KUAH:

Tumbuk bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan rempah tumis 4 sekawan se hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air rebusan, masukkan juga pati daging/ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam.  

UNTUK BEBOLA: 

Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.

Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka.

Siap membentukkan masukkan ke dlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.

Siap kuah dan  bebola daging.   Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola. Boleh juga guna mee lain. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...