Saturday, January 5, 2013

Kari Hijau Thai

Resepi ni saya cnp dari mat gebu. Bahan2 utk kari ni memang banyak. Tapi rasanya berbaloi sebab sedap....kalu nak senang, sediakan pesnya byk2 dan simpan dalam peti sejuk beku. Kalu boleh, tumis dulu pesnya sebelum simpan supaya lebih tahan lama.

BAHAN PES KARI HIJAU :-)

1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (saya guna 10 biji cili padi dan 1 biji cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil 1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)

500 gram daging batang pinang/ayam
1 biji terung biru, didadu besar
2 1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK PES KARI HIJAU THAI :-

Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.
Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.

UNTUK KARI HIJAU THAI :-
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging.
Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk.
Masukkan terung dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan.
Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula.
Masak sekejap dengan api sederhana.
Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!...

Gambar daun kat bawah ni adalah daun selasih atau sweet thai basil...saya memang tanam kat depan rumah, senang membiak...saje2 tanam tapi tak guna pun...bila dapat resepi ni ok la, berguna juga daun ni...selain tu daun ni boleh dimasukkan bila masak kuah spagetti atau buat shepperd pie...daripada beli yang kering tu yang segar ni kan lebih baik..


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...