Sunday, January 20, 2013

Dorayaki

Resepi ni saya cnp dari leenaonline.com....ramai blogger dah try test resepi ni simple tapi sedap gak...ala2 lempeng...saya buat saiz terlebih besar sampaikan tak terabis anak2 mkn satu set......cuba la...macam pancake jer...teruja budak2 nanti bila mkn kuih doraemon...

Bahan-bahan (untuk 10 keping)

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (boleh kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
2 sb cuka kurma atau cuka masakan (yg ni saya tambah sbb tengok kat fb buku resepi tu dia letak....tapi tak letak pun ok jer)
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar/air sekiranya adunan terlalu pekat

Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis atau jem atau peanut butter ikut citarasa

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak, cuka dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.
4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. Jadilah Dorayaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...